Apple Telah Menjual Lebih 1.2 Bilion iPhone Sehingga Ke Hari Ini
Apple telah melancarkan telefon pintar dinamakan iPhone sekitar 10 tahun lepas, dan hari ini, bersama-sama pengumuman kewangan mereka, Apple turut mengumumkan yang mana mereka telah menjual lebih 1.2 bilion unit iPhone di seluruh dunia setakat ini.
Angka ini memperlihatkan penambahan 0.2 bilion berbanding tahun lepas. Pada Julai 2016 yang lepas, Tim Cook mengatakan sebanyak 1 bilion iPhone telah terjual ketika itu.
Pencapaian ini semestinya mengembirakan syarikat teknologi berkenaan, apatah lagi mencapai angka 1.2 bilion dalam tempoh sedekad.
Dengan angka ini, semestinya mereka ingin mempertingkatkan laginya dengan pelbagai penawaran baru. Untuk tahun ini, Apple dijangka hadir dengan iPhone edisi khusus 10 tahun, selain kemaskini kepada iPhone sedia ada.
Bagi anda sendiri, adakah anda pengguna iPhone? Jika ya, berapa iPhone-kah yang telah anda tukar sehingga ke hari ini?
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uXOsCB
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment