Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ayam Jadi Anak Angkat Monyet - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ayam Jadi Anak Angkat Monyet

foto metroUK/mStar
SEEKOR monyet yang kesepian dan seekor ayam telah bersahabat baik dan ini bukanlah episod Sesame Street.

Niv, monyet dari spesies Macaque telah menghabiskan masanya beberapa minggu lalu dengan menjaga, membelai, membersihkan dan bermain dengan seekor ayam yang berkunjung ke dalam kandangnya di Ramat Gan Safari Park dekat Tel Aviv, Israel.

Jurucakap taman itu, Mor Porat berkata: "Niv, yang berumur empat tahun dan telah mencapai umur kematangan seksual, nampak seperti sukar mencari pasangan.

"Apa yang berlaku ini mungkin menerangkan tentang naluri keibuannya terhadap ayam ini," katanya.

Ayam itu, yang tidak mempunyai nama, bebas untuk melarikan diri tetapi memilih untuk tinggal dengan Niv.

Jurucakap itu berkata: "Hubungan seperti ini jarang berlaku.

"Kadang-kadang monyet akan membunuh dan makan ayam yang memasuki kawasan mereka atau menjadikannya 'mainan' sehingga mereka mati.

"Tapi ayam ini 'nampaknya sangat gembira bertemu ibu baru sebagai pengganti. Pada waktu malam mereka tidur bersama."-metroUK/mStar


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vxYhpe

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.