Hi! Welcome Back and Stay Tune! Video: Benarkah pelakon tampan berbangsa Cina Alvin Chong betul-betul solat dan laungkan azan ketika berlakon? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Video: Benarkah pelakon tampan berbangsa Cina Alvin Chong betul-betul solat dan laungkan azan ketika berlakon?

Sebelum ini artis lelaki Alvin Chong ini pernah berlakon bersama-sama Fattah Amin dalam drama Suri Hati Mr.Pilot.

Beliau melakonkan watak Johan didalam drama bersiri itu yang mana sebagai seorang mualaf.

Namun pelakon tersebut berharap agar penonton tidak keliru dengan status agamanya sepanjang dia melakonkan watak sebagai seorang mualaf.

Kini beliau sekali lagi melakonkan watak mualaf dalam program realiti The House dan digandingkan juga bersama Fattah Amin yang akan disiarkan September ini.

Alvin juga terpaksa tinggal serumah dengan Fatah Amin untuk menjayakan program itu
.
Pelakon berbangsa cina itu mengakui pernah terfikir sekiranya aktor popular Fattah Amin itu seorang yang pembersih atau sebaliknya. Perkara itu terlintas difikirannya apabila dia dan Fattah Amin perlu tinggal serumah selama Sembilan hari penggambaran.

“Apabila dapat tahu saya perlu tinggal serumah dengan Fattah, benda pertama yang terlintas di fikiran adakah dia seorang yang pembersih?

“Adakah saya perlu tidur sekatil dan guna tandas yang sama dengannya? Sebab saya tak suka lantai basah selepas digunakan.

“Tapi nasib baik dia juga seperti saya dan tahu menjaga kebersihan. Jadi, tak ada masalah bab itu. Lagipun, saya mempunyai sedikit sifat Obsessive Compulsive Disorder (OCD),” katanya.

Rancangan realiti yang menjalani penggambaran di Hutan Belum, Perak itu akan mula disiarkan pada 20 September depan.

Kata Alvin, dia juga akan sibuk di lokasi penggambaran drama Awak Suka Saya Tak dan sekali lagi bakal membawakan watak mualaf.

Video: Benarkah pelakon tampan berbangsa Cina Alvin Chong betul-betul solat dan laungkan azan ketika berlakon?

Video: Benarkah pelakon tampan berbangsa Cina Alvin Chong betul-betul solat dan laungkan azan ketika berlakon?

Untuk watak ini juga, Alvin akui ada babak dia sedang solat, membaca al-Quran serta melaungkan azan dan berharap penonton tidak salah faham apabila menonton drama itu nanti.

“Watak kali ini lebih berat berbanding Suri Hati Mr Pilot kerana naskhah kali ini saya seorang mualaf yang masuk Islam dengan sendiri.

“Banyak babak saya kena solat dan azan tetapi babak itu akan dialih suara. Jadi, saya harap penonton tidak salah faham dengan apa yang saya lakukan,” katanya.

Penjelasan yang dibuat oleh pelakon ini adalah untuk mengelakkan berlaku sekali lagi kontroversi seperti sebelum ini ketika dia berlakon didalam drama bersiri Suri Hati Mr Pilot.

Melalui drama ‘Awak Suka Saya Tak’, Alvin memegang tanggungjawab yang lebih besar dengan membawa peranan hero di samping Emma Maembong. Drama itu juga dijangka akan disiarkan pada bulan Oktober depan.

Sumber : Harian Metro

Via: SK



Sumber Video: Benarkah pelakon tampan berbangsa Cina Alvin Chong betul-betul solat dan laungkan azan ketika berlakon?

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w6YnYu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.