Hi! Welcome Back and Stay Tune! USS John McCain: Operasi akan diteruskan TLDM - Hishammuddin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

USS John McCain: Operasi akan diteruskan TLDM - Hishammuddin

KLUANG: Operasi mencari dan menyelamat kru kapal pemusnah Amerika Syarikat USS John S. McCain di timur perairan Johor akan diteruskan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi mencari mangsa yang masih hilang.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata usaha membantu SAR berkenaan mempunyai kaitan rapat dengan hubungan negara khususnya dalam diplomasi pertahanan.

"Perkara ini (SAR) dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet dan saya telah minta persetujuan Kabinet supaya SAR ini diteruskan sehingga (keadaan) mangsa dikenal pasti.

"Saya juga berjumpa dengan Komander Pangkalan Pasifik Amerika Syarikat, Laksamana Scott Swift baru-baru ini dan mereka (Amerika) sangat menghargai usaha kita," katanya kepada pemberita semasa menghadiri Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sembrong di sini hari ini.

Hishammuddin berkata ketika Malaysia menghadapi insiden MH370 dan MH17, sebanyak 26 negara tampil membantu Malaysia.

"Jadi, tidak ada sebab apabila mereka (Amerika) pula berhadapan dengan insiden seperti ini, kita hendak mengecualikan diri daripada membantu," katanya.

Anggota Parlimen Sembrong itu berkata TLDM mempunyai hubungan baik dengan Tentera Laut Amerika dan tiada masalah untuk TLDM terus membantu walaupun operasi SAR bagi pihak Malaysia, yang diketuai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sudah ditangguhkan.

Semalam, Ketua Pengarah APMM Datuk Zulkifili Abu Bakar mengumumkan operasi SAR berkenaan ditangguhkan susulan pengumuman daripada Hal Ehwal Awam Armada ke-7 Tentera Laut Amerika yang berhasrat menangguhkan sementara operasi mencari di laut bagi menumpukan usaha pencarian di dalam kapal USS John S McCain.

Dalam kejadian 5.40 pagi Isnin lepas di perairan Teluk Ramunia, Johor, kapal USS John S McCain berlanggar dengan kapal dagang Alnic MC yang didaftarkan di Liberia, menyebabkan lima kru USS John S McCain cedera dan 10 lagi hilang. -- BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wPypJW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.