Remaja Lahir Anak Tepi Jalan, Selepas Ditolak Pusat Kesihatan
Seorang remaja berusia 17 tahun terpaksa melahirkan anak luar nikahnya di tepi jalan selepas kakitangan di sebuah pusat kesihatan enggan membantunya.
Gadis yang berasal dari Saraikela-Kharsawan di India itu mengandung hasil hubungan dengan seorang lelaki di kampungnya.
Namun lelaki itu meninggalkan gadis berkenaan selepas mengetahui remaja itu mengandung manakala keluarganya pula enggan membantu kerana gadis itu membawa malu kepada mereka.
Ia menyebabkan gadis itu terpaksa keluar dari rumah dan dia dikatakan berada di jalanan selama empat bulan sehinggalah dia ke pusat kesihatan di situ pada Isnin lalu kerana sakit mahu bersalin.
Namun kakitangan di situ enggan membantu kerana dia tidak ditemani penjaganya. Akhirnya pada pukul 5 pagi, dia melahirkan anak perempuan di tepi jalan, iaitu kira-kira 30 meter dari pusat kesihatan tersebut.
Orang ramai yang lalu di situ dapat melihat bajunya berlumuran darah manakala tali pusat masih melekat pada bayi itu.
“Ibu dan bayi terbaring di tepi jalan dalam keadaan kesakitan. Saya telah meletakkan halangan di sekeliling mereka supaya tidak dilanggar oleh kenderaan.
“Saya juga menahan beca untuk membawanya ke hospital,” kata saksi.
Dalam pada itu, seorang pegawai perubatan memberitahu, ketika kejadian hanya ada dua jururawat di pusat kesihatan berkenaan dan mereka sibuk membantu seorang ibu melahirkan bayi kembar ketika dimaklumkan mengenai gadis terbabit.
Kes berkenaan sedang disiasat kerana terdapat beberapa laporan yang mengelirukan.- SuaraTV
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xB18PQ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment