Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kisah P. Ramlee Siapkan Skrip Pendekar Bujang Lapok Hanya Satu Malam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kisah P. Ramlee Siapkan Skrip Pendekar Bujang Lapok Hanya Satu Malam

Kisah P. Ramlee Siapkan Skrip Pendekar Bujang Lapok Hanya Satu Malam

Pada satu malam di sekitar bulan September 1958 bertempat di Boon Teck Road, S.Sudarmaji telah pergi menemui P. Ramlee dirumahnya. Tujuan S. Sudarmaji menemui P. Ramlee adalah untuk meminta P. Ramlee menyemak skrip yang beliau tulis.

Tetapi skrip yang ditulis oleh S. Sudarmaji itu tidak sempurna sepenuhnya hanya sampai di babak samseng samseng Penambang duduk ditangga bercerita sesama sendiri pengalaman dipukul oleh Pendekar Mustar.

P. Ramlee pada ketika itu sedang duduk bersila di atas lantai dengan pen dan kertas. Selalunya kalau begitu P. Ramlee sedang membuat lagu. S. Sudarmaji berkata,

“Ram ini ada skrip tapi belum siap, lu tengok lah dulu.”

Rupanya Skrip Pendekar Bujang Lapok Disiapkan P. Ramlee Dalam Satu Malam Sahaja

P. Ramlee tidak menjawab hanya menganggukkan kepala. Skrip itu diletak di atas meja dan S. Sudarmaji pun berlalu pergi.

Pada keesokkan harinya P. Ramlee memanggil S. Sudarmaji ke rumahnya. Dalam hati S. Sudarmaji berkata mesti P. Ramlee ingin berbincang mengenai skrip yang ditinggalkan semalam. Apabila sampai sahaja S. Sudarmaji dirumah P. Ramlee, P.R amlee lantas berkata,

“Maji, tu skrip lu semalam ada atas meja. Minggu depan kita boleh mula shooting. Lu casting pelakon, dan heroinnya gua nak seorang pelakon wanita bakat baru”.

P. Ramlee Siapkan Skrip Pendekar Bujang Lapok Hanya Satu Malam

S. Sudarmaji terdiam seketika dengan kata kata P. Ramlee itu dan lantas beliau mengambil skrip tersebut. Apabila S. Sudarmadi melihat isi kandungan skrip tersebut alangkah terkejutnya beliau kerana skrip itu sudah diselesaikan oleh P. Ramlee. Bukan hanya skrip, tetapi lakon layarnya juga sudah disiapkan.

S. Sudarmaji berkata sendirian di dalam hati, bagaimana Ramlee boleh membuat ini semua dalam tempoh satu malam? Maka dengan itu pada 23 Januari 1959 terbitlah filem PENDEKAR BUJANG LAPOK. Dengan terbitnya filem ini maka terciptalah satu gabungan nama iaitu MADJILEE.

Info tambahan, tiga pelakon wanita bakat baru tersebut ialah Rahmah Rahmat, Siti Hawa Majid dan Rosnah Jasni.

Tetapi P. Ramlee telah memperkanal Rosnah Jasni dalam filem ini dengan menukar namanya kepada Roseyatimah. - thepatriots



Sumber Kisah P. Ramlee Siapkan Skrip Pendekar Bujang Lapok Hanya Satu Malam

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xlIqfK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.