Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki hadapi detik cemas bekam melekat terlalu kuat, terpaksa panggil bomba untuk tanggalkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki hadapi detik cemas bekam melekat terlalu kuat, terpaksa panggil bomba untuk tanggalkan

Lelaki hadapi detik cemas bekam melekat terlalu kuat, terpaksa panggil bomba untuk tanggalkan

Lelaki hadapi detik cemas bekam melekat terlalu kuat, terpaksa panggil bomba untuk tanggalkan

Seorang lelaki di Beijing, China menghadapi detik-detik cemas apabila terpaksa mendapatkan khidmat bomba bagi menanggalkan cawan bekam yang melekat terlalu kuat pada bahagian belakangnya.

Hu, di lapor melakukan rawatan tradisional itu sendiri dirumahnya di wilayah Hunan pada Selasa lalu dengan bantuan isterinya. Walaubagaimanapun, isterinya telah melekapkan cawan bekam itu terlalu kuat hingga tidak dapat ditanggalkan.

Akibatnya, bahagian belakang Hu yang dibekam itu bertukar menjadi bengkak dan merah. Isteri Hu yang panik telah mencuba pelbagai cara termasuk menggunakan tukul untuk menanggalkan cawan bekam tersebut, namun tidak berhasil.

Hu yang kesakitan kemudian cuba mendapatkan rawatan dari klinik berdekatan namun dinasihatkan untuk dibawa ke hospital kerana kesan bekam itu adalah serius. Namun di hospital, Hu tetap gagal menanggalkan cawan itu walaupun petugas hospital sudah berusaha sedaya upaya.

Akhirnya pihak hospital terpaksa meminta bantuan pihak bomba yang telah menghantar 4 orang anggota. Pihak bomba yang tiba di hospital telah berjaya memotong cawan tersebut menggunakan gergaji besi.

Hu ternyata lega apabila cawan tersebut berjaya ditanggalkan dan bersumpah tidak mahu berbekam lagi selepas ini. Dia kemudiannya mendapatkan rawatan di hospital bagi merawat luka tersebut.

Ini bukanlah perkara asing dan bukan kali pertama masalah ini berlaku di negara Tembok Besar itu.
Tahun lalu, seorang lelaki berusia 63 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Lin telah dikejarkan ke hospital kerana mengalami jangkitan kuman akibat luka berbekam. Lin mendakwa dia mendapatkan rawatan berbekam apabila dijanjikan bahawa rawatan tersebut dapat membantu memulihkan sakit bahunya.

Lin memberitahu kepada wartawan bahawa dia pergi berbekam di tempat yang sama setiap hari dalam tempoh masa sebulan sebelum kesan lepuh besar mula muncul. Namun Lin tidak pernah berhenti menjalani rawatan bekam sebaliknya menyuruh isterinya memecah lepuh besar tersebut dan menyapu dengan minyak.

Pada 20 Jun yang lalu, ketika dia berjalan kaki pulang dari berbekam, dia mula merasa tidak selasa dan mengalami demam teruk. Ahli keluarga Lin kemudiannya membawa dia ke hospital dan di tahan di bilik kecemasan kerana suhu badannya mencecah 37.7 darjah celcius. Manakala kawasan belakang yang dibekam bengkak sepenuhnya.

Doktor yang merawat Lin mengesahkan bahawa dia telah dijangkiti kuman akibat berbekam.  Doktor berkata, Lin bernasib baik kerana bergegas ke hospital untuk menerima rawatan. Jika tidak, dia mungkin akan mengalami sepsis.

Sumber: SK



Sumber Lelaki hadapi detik cemas bekam melekat terlalu kuat, terpaksa panggil bomba untuk tanggalkan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w6J8yI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.