Hi! Welcome Back and Stay Tune! (VIDEO) “Sesiapa Yang Melaungkan Perkataan ‘ALLAHUAKBAR’ Akan Ditembak Dengan Sniper.”- Datuk Bandar Venice Mencetuskan Kemarahan Netizen.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(VIDEO) “Sesiapa Yang Melaungkan Perkataan ‘ALLAHUAKBAR’ Akan Ditembak Dengan Sniper.”- Datuk Bandar Venice Mencetuskan Kemarahan Netizen..

 

Datuk Bandar Venice Luigi Brugnaro mahu sesiapa yang melaungkan perkataan ‘Allahu Akbar’ di bandar raya ‘cinta’ itu ditembak dengan sniper.

“Setahun lalu, saya mahu mereka ditembak selepas empat langkah, tetapi sekarang saya mahu selepas tiga langkah,” kata Brugnaro.


Selepas ‘cadangan kejam’ dan tidak masuk akal itu dikemukakan, rakan sejawatannya dari Florence, Dario Nardella berteriak ‘Allahu Akbar’ sebaik sahaja mesyuarat antara kedua-dua mereka bagi membincangkan isu keganasan di bandar Rimini kelmarin selesai.


Agensi melaporkan selepas mesyuarat berkenaan, Nardella bergegas beredar sebelum Brugnaro mengejarnya dan memegang lengannya.

Florence Mayor Dario Nadella (left) has apologised after shouting 'Allahu Akbar' at his Venetian counterpart Luigi Brugnaro (right) after a meeting during which the two discussed terrorism

Secara spontan Nardella melaungkan ‘Allahu Akbar’ - perkataan yang didakwa dilaungkan oleh pengganas semasa serangan - sebelum kedua-dua Datuk Bandar terbabit ketawa berikutan ‘lawak jenaka’ yang mereka lakukan.

VIDEO:


Klip rakaman insiden berkenaan tersebar di media sosial dan dikecam oleh netizen yang berpendapat kelakuan mereka tidak wajar dan tidak melucukan.

Netizen menegaskan bahawa kedua-dua pemimpin itu tidak sensitif seolah-olah sengaja menimbulkan kemarahan apatah lagi selepas enam hari serangan yang membunuh 15 orang di lokasi tumpuan pelancong di Sepanyol.


Berikutan itu Nardella memohon maaf kerana menggunakan laungan ‘Allahu Akbar’ sebagai bahan gurauan.

“Bukan tujuan saya untuk sengaja berbuat salah, bukan kepada komuniti Muslim, bukan itu buat lawak berkaitan agama apatah lagi untuk membangkitkan tragedi baru-baru ini,” katanya selepas perbuatannya menimbulkan kemarahan netizen berikutan tersebarnya rakaman insiden terbabit.

Mourners stand near flowers, candles and tributes to the victims of the Barcelona attack, on the Las Ramblas boulevard in Barcelona

Malah dalam video itu, dakwanya, dia menjarakkan diri dari kenyataan Brugnaro berkaitan orang Islam.


“Sesiapa yang kenal saya tahu bagaimana pentadbiran saya yang berkomunikasi dengan semua komuniti agama termasuk Islam,” kata Nardella.

VIDEO:



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xlae3I

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.