Bunuh Polis, Reman disambung 4 hari lagi
DUA lelaki berusia 29 dan 36 tahun disambung reman empat hari bermula esok bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan anggota polis, Sub Inspektor Abu Hashim Ismail, 54, dari Bahagian Jenayah Kongsi Gelap (D7A), Bukit Aman yang ditembak empat das di sebuah rumah di Taman Hosba, Changlun, pada 18 Ogos lalu.
Perintah sambung reman itu dikeluarkan Majistret Noor Farah Hazwani Osman selepas tempoh reman suspek berakhir hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan suspek disambung reman empat hari bermula esok hingga Rabu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dalam kejadian itu, Abu Hashim ditembak dari belakang oleh penyerang yang memanjat tembok kediaman seorang lelaki yang dikunjunginya.
Serangan terbabit menyebabkan mangsa yang ketika itu sedang berbual dengan lelaki berusia 35 tahun terbabit, maut di tempat kejadian.
Hasil siasatan awal polis di tempat kejadian menemui lima kelongsong peluru dan tiga anak peluru di tempat kejadian.- HMetro
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gdLOFg
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment