Bomba Bantu Wanita Obes Jatuh Tandas
Khidmat pasukan bomba digunakan untuk mengangkat seorang wanita obesiti yang terjatuh dalam tandas di rumahnya di Kampung Pandan Dalam, Ampang, hari ini.
Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan meminta bantuan mengangkat seorang wanita berusia lingkungan 50-an dengan berat kira-kira 300 kilogram yang terjatuh dalam tandas rumahnya pada 11.13 pagi.
Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian mendapati mangsa berada dalam keadaan terbaring dalam tandas.
"Anggota bomba membantu mengangkat mangsa keluar dari tandas dan menyerahkannya kepada ambulans untuk dihantar ke Hospital Ampang.
"Lima anggota bersama satu jentera dan dua anggota unit EMRS terbabit dalam operasi ini," katanya.-myMetro
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wVpCDZ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment