Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cara Beli Barang Di Taobao. Tidak Sesukar Yang Disangka. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cara Beli Barang Di Taobao. Tidak Sesukar Yang Disangka.


Cara Beli Barang Di Taobao. Rata-rata ramai yang dah tahu apa itu Taobao. Sebelum ini masih ramai yang tak tahu dan takut untuk membeli di Taobao. Tetapi sekarang, semakin ramai orang yang suka membeli barang terus dari China. Ada juga yang membeli barang dari China secara borong untuk tujuan jual semua di Malaysia.

Ada yang menyatakan bahawa barangan buatan China kurang berkualiti tetapi hakikatnya terdapat juga barangan buatan China yang berkualiti tinggi dan juga murah. 

Sebab itulah China menjadi antara tempat utama pemborong membeli barang. Kos rendah dan margin keuntungan tinggi.

Saya merupakan salah seorang yang suka membeli barang secara online termasuklah dengan membeli barang di Taobao. Kebanyakan barang yang saya beli secara online sama ada untuk kegunaan sendiri atau untuk jual semula.


Pengenalan kepada TAOBAO?

Taobao adalah salah satu ecommerce milik Alibaba Group yang dilancarkan sejak tahun 2008 lagi. Hampir sama seperti Aliexpress. Yang membezakan keduanya adalah dari segi target pembeli.

Secara umumnya, Alibaba.com disediakan khas untuk pemborong-pemborong yang membeli dengan kuantiti yang besar dan produk-produk disitu dijual dengan harga yang sangat rendah. Untuk membeli di Alibaba, secara purata, minimum kuantiti yang perlu dipesan adalah antara 500 unit hingga 1,000 ke 10,000 unit.

Manakala AliExpress.com pula, adalah untuk segmen pengguna (consumer) dimana, di AliExpress.com, anda boleh membeli produk pada kuantiti yang sedikit, tetapi dengan harga yang agak mahal. Ianya sebenarnya sebuah website yang disasarkan kepada pengguna-pengguna di U.S yang mahu membeli barang dari China secara terus.

TaoBao.com pula, adalah di kategori pertengahan. Ianya adalah khas untuk pemborong-pemborong kecil yang mahu memborong secara kecil-kecilan. Di TaoBao.com, anda boleh memborong barang dari 5 unit hinggalah kepada beberapa puluh unit. Harganya pula adalah tidak terlalu mahal seperti AliExpress dan juga tidak terlalu murah seperti Alibaba.com . Sangat sesuai untuk pemborong-prmborong kecil mendapatkan bekalan bagi memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan.

Di Malaysia, ramai yang sudah mula membeli secara terus dari Taobao dan ada juga yang masih tercari-cari cara untuk membeli di Taobao.

Jika anda tercari-cari panduan untuk membeli barang di Taobao, anda berada ditempat yang betul. Saya akan terangkan asas bagaimana membeli barang dari laman web Taobao. Di bahagian bawah juga saya ada sediakan video untuk anda jadikan rujukan membeli di Taobao. Jika anda hayati betul betul artikel dan video yang saya sediakan, saya pasti anda boleh membeli di Taobao selepas ini.

Sebelum itu, suka saya terangkan serba sedikit tentang kelebihan dan kekurangan membeli di Taobao.

Kelebihan Taobao
  1. Harga lebih murah berbanding Aliexpress.
  2. Harga borong pada kuantiti kecil. Ini bermakna, anda tak perlu beli barang satu kontena untuk mendapatkan harga borong


Kekurangan Taobao
  1. Laman web dalam bahasa Cina
  2. Matawang dalam China Yuan
  3. Masa penghantaran agak lama

Ok.

Persediaan untuk membeli di Taobao.

  • Google Chrome. 
  • Google Translate
  • Online Banking 

Google Chrome sangat membantu untuk anda yang tidak faham bahasa cina. Ini kerana anda boleh tekan pada butang kanan tetikus dan pilih 'Translate to English'. Laman web Taobao kemudian akan diterjemahkan dalam bahasa english. Tetapi ada juga bahagian-bahagian yang tidak boleh ditranslate anda perlu translate secara manual menggunakan Google Translate.

Bahagian yang paling sukar dan sangat penting adalah bahagian dimana kita perlu isi alamat penghantaran untuk barang yang kita beli. Yang menjadikan ianya sukar adalah, bahagian tu tak boleh nak di translatekan. Jadi saya kongsikan pilihan mana yang anda perlu pilih jika nak isi alamat penghantaran. Lihat gambar di bawah.


Pembayaran di Taobao kini menerima kad kredit / kad debit dan juga online banking. Ada lebih dari 5 bank Malaysia yang diterima di Taobao. Antaranya Maybank2u dan juga CIMB Click. Jika anda ada 2 online banking ni, anda boleh membeli di Taobao. Nak lihat senarai penuh online banking yang diterima, boleh tengok video ye 😋 

Tapi..

Tidak digalakkan menggunakan kad kredit atau kad debit kerana anda mungkin akan dikenakan cas tambahan sekiranya menggunakan kad kredit atau kad debit. Itulah yang saya belajar dari kawan saya.

Ini video yang saya maksudkan. Panduan asas cara beli barang di Taobao. Sila tonton untuk lebih faham ye 😊





✍ Sumber Pautan : ☕ Wikicara.org - Kompilasi Pelbagai Cara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uU6Xqw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.