Hi! Welcome Back and Stay Tune! Clever Girl Malaysia Kembali Untuk Musim Kedua - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Clever Girl Malaysia Kembali Untuk Musim Kedua

Clever Girl Malaysia Kembali Untuk Musim Kedua

Pengacara Alif Satar bersama 14 orang peserta Clever Girl Malaysia musim kedua. (Pic: TV3)

Clever Girl Malaysia, sebuah program realiti game show TV3 yang menampilkan gadis-gadis pintar dari seluruh Malaysia kini kembali dengan musim kedua! Misi pencarian 14 orang gadis pintar untuk membuktikan kecekapan berfikir mereka telah pun berakhir pada awal bulan Mei lepas. Pada musim lalu, kita telah menyaksikan Fatin dari Kelantan dinobatkan sebagai juara. Kali ini, gadis dari negeri manakah yang bakal bergelar juara sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000?

Terbuka kepada peserta wanita yang berada dalam lingkungan usia 18 hingga 30 tahun, Clever Girl Malaysia mempunyai konsep yang berbeza daripada program realiti lain di mana program ini lebih mengetengahkan konsep intelektual.

Memasuki musim baharu, Clever Girl Malaysia masih akan menilai prestasi dan kebolehan setiap peserta berdasarkan kemampuan mereka untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan. Setiap soalan yang dikemukan kepada 14 peserta ini telah pun diluluskan oleh pihak Mensa. Para peserta yang bakal bersaing untuk musim ini juga mempunyai latar belakang pendidikan yang berbeza. Penonton setia sudah pastinya tidak sabar untuk menyaksikan siapakah 14 orang gadis yang bakal bersaing di pentas Clever Girl Malaysia kali ini.

Alif Satar kembali menjadi pengacara.

Program Clever Girl Malaysia yang dihoskan oleh Alif Satar ini merangkumi tiga segmen utama. Dalam Pusingan Pertama, para peserta perlu menjawab 10 soalan, di mana setiap soalan bernilai 5 markah. Sementara itu, markah bagi Pusingan Kedua pula adalah antara 10 hingga 100 markah, dan ianya berbeza mengikut soalan-soalan yang telah ditentukan.

Untuk Pusingan Penentuan: Juara Mingguan, dua peserta yang berada dikedudukan teratas akan berentap untuk menjawab soalan yang dikemukakan dengan pantas. Peserta yang berjaya di dalam Pusingan Akhir ini akan membawa pulang hadiah mingguan serta diberi Imuniti.

Dua peserta dengan markah terendah harus bersaing dalam Pusingan Penentuan; Penyingkiran, di mana mereka mungkin akan dinilai menerusi ketangkasan dan kemahiran mereka untuk menyelesaikan ujian IQ. Seorang peserta yang berjaya menyelesaikan soalan dengan paling pantas dan tepat akan terselamat daripada tersingkir.

Sebahagian daripada 14 orang peserta.

Program Clever Girl Malaysia juga menyediakan talian hayat yang memberi peluang kepada para penonton unruk mengambil bahagian dalam program ini dengan membantu para peserta menjawab soalan-soalan yang sukar di Pusingan Penentuan: Penyingkiran. Terdapat dua cara untuk melakukan demikian iaitu menerusi laman web http://ift.tt/2v7muWu atau dengan hashtag #clevergirlmy di laman sosial Twitter.

Dengan melayari http://ift.tt/2v7muWu, para penonton akan dibawa ke skrin yang memaparkan soalan tersebut dan boleh memilih jawapan objektif A,B,C atau D. Di platform Twitter pula, para penonton hanya perlu menggunakan hashtag #clevergirlmy dan memberikan pilihan jawapan #A, #B, #C atau #D. Sebagai contoh, #clevergirlmy <jarak> #C.

Lebih seribu orang peserta telah menghadiri peringkat pertama sesi uji bakat yang telah berlangsung selama enam minggu di The Zenith Hotel, Kuantan, Pahang (1 April), Klagan Regency Hotel, Kota Kinabalu, Sabah (8 April), Merdeka Palace, Kuching, Sarawak (15 April), Persada Johor Convention Centre, Johor (22 April), Setia Spice Convention Centre, Pulau Pinang (29 April) dan Sri Pentas, Bandar Utama, Selangor (6 & 7 Mei). Berikut ialah senarai para peserta Clever Girl Malaysia musim kedua:

Sebahagian daripada 14 orang peserta.

Sara Amelia Muhammad Bernad (Sara) dari Perak, Hani Nazrina Hanizar (Hani) dari Perlis, Noor Syakirah Mohd Azam (Kiera) dari Pulau Pinang, Aliasuraiya Mohd Isa (Alia) dari Melaka, Vishebannu Krishnan (Visha) dari Johor, Nur Iylia Badaruddin (Iylia) dari Kedah, Fadila Zukaira Mohd Nor (Fadila) dari Negeri Sembilan, Mas Syahmi Izzah Izhar (Mas) dari Wilayah Persekutuan, Nurul Shazalina Zainudin (Shaza) dari Kelantan, Nurul Ain Aziz (Ain) dari Pahang, Nur Emyllia Halmi (Emyllia) dari Terengganu, Syafiqah Ishak (Ika) dari Sabah, Shazarna Kamarnzaman (Shazana) dari Selangor dan Camellia Onn (Camy) dari Sarawak.

Siapakah antara 14 orang gadis ini layak menjadi “Clever Girl” yang seterusnya? Jangan lupa untuk berikan sokongan kepada wakil negeri anda dalam Clever Girl Malaysia yang akan bersiaran secara langsung bermula 4 Ogos 2017 dari studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap hari Jumaat selama satu jam bermula dari pukul 9.00 malam – 10.00 malam, hanya di TV3!

Bagi sesiapa yang terlepas untuk menonton pada hari tersebut, anda juga boleh menonton siaran ulangan pada setiap hari Khamis, pukul 2.00 petang.

Kiri: Mentor kepada Clever Girl Malaysia. Kanan: Penerbit Clever Girl Malaysia musim kedua.

Selain itu, pelbagai hadiah menarik turut boleh dimenangi oleh para penonton di rumah yang ingin merasai pengalaman menjawab kuiz seperti 14 peserta program ini. Anda boleh menyertai kuiz mingguan ini dengan melayari laman web http://ift.tt/2v7muWu.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web http://ift.tt/2v7muWu dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia. Meriahkan lagi dunia maya Clever Girl Malaysia dengan hashtag #clevergirlmy di laman media sosial anda. Para penonton juga boleh menyaksikan program ini melalui strim secara langsung definisi tinggi di www.tonton.com.my.



Sumber Clever Girl Malaysia Kembali Untuk Musim Kedua

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vrwcEs

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.