Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dua Kanak-Kanak Lelaki Berusia 9 Dan 10 Tahun Dipaksa Menonton Video Lucah Dan Dipaksa Meniru Aksi Tersebut.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dua Kanak-Kanak Lelaki Berusia 9 Dan 10 Tahun Dipaksa Menonton Video Lucah Dan Dipaksa Meniru Aksi Tersebut..

Gambar sekadar hiasan.
IPOH: Seorang wanita mendakwa dua anak lelakinya dipaksa menonton video lucah dan meniru aksi tersebut di rumahnya di Sungai Buloh, Sungai Siput, kira-kira 50 kilometer dari sini, dalam satu kejadian minggu lepas lapor mStar.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Gan Tian Kee berkata susulan itu wanita berkenaan membuat laporan polis pada pukul 10 pagi Jumaat.


Dia mendakwa suspek yang juga sepupunya berusia 29 tahun, menunjukkan video lucah melalui telefon bimbit kepada kedua-dua anaknya yang berumur sembilan dan sepuluh tahun, kata Gan.

Beliau berkata wanita itu turut mendakwa suspek yang merupakan pekerja kontrak Angkatan Pertahanan Awam kemudian memaksa kanak-kanak terbabit meniru aksi berkenaan.

"Selepas kejadian tersebut, mangsa diberi RM4 supaya tidak mendedahkan perkara itu kepada ibu bapa mangsa," katanya.


Susulan itu polis menahan suspek yang jantinanya tidak didedahkan dan dia kini direman empat hari bagi membantu siasatan menurut Seksyen 14(b) dan Seksyen 15 Akta Kesalahan-Kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. -Pen Merah Press.




✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wwbv6Y

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.