Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Ini bukan awek saya” – Aiman Tino - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Ini bukan awek saya” – Aiman Tino

Penyanyi Aiman Tino berharap gambar mesranya dengan seorang gadis yang tersebar di laman maya, tidak disalahertikan oleh mana-mana pihak, termasuk peminatnya.

Aiman atau nama penuhnya, Mohammad Aiman Yusri, 19, mengakui bingung apabila gambar itu tersebar, malah menegaskan gadis yang dikenali sebagai Syarana itu hanya teman rapatnya.

“Dia bukan kekasih saya, sebaliknya teman rapat yang dikenali sejak kecil lagi. Saya mempunyai ramai rakan wanita yang akrab. Saya harap gambar itu tidak disalahertikan oleh mana-mana pihak,” katanya yang dihubungi BH Online.

Semalam, beberapa gambar Aiman bersama seorang gadis yang dilihat mesra menjadi bualan netizen selepas tersebar menerusi aplikasi Wechat.

Kemesraan yang dipamerkan mereka mencetuskan andaian gadis itu mempunyai hubungan istimewa dengan penyanyi yang popular dengan lagu Ku Rela Dibenci itu.

Andaian itu diperkuatkan lagi apabila gadis itu turut memuat naik gambar bersama keterangan meluahkan perasaan rindunya terhadap Aiman pada laman media sosial miliknya.

Gambar itu bagaimanapun sudah dipadamkan selepas mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Penyanyi yang sedang hangat dengan lagu Ku Hanya Sayang Padamu itu menegaskan beliau masih solo dan belum bertemu gadis idaman.

“Saya ingin tegaskan di sini, saya masih solo. Apa yang dimuat naik Syarana itu sekadar gurauan untuk menyakat rakan. Terkejut saya apabila gambar itu tersebar,” kata Aiman.

 

Sumber: BH Online



Sumber “Ini bukan awek saya” – Aiman Tino

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v9vGZ9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.