Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jual Rumah Tampung Kos Haji - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jual Rumah Tampung Kos Haji


KELANA JAYA: Sanggup menjual rumah kesayangan demi memastikan impian melaksanakan ibadah haji pada tahun ini.

Demikian pengorbanan dilakukan seorang warga emas demi mencukupkan wang simpanannya untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu.

Ternyata usaha Sulaiman Eyit, 64, berasal dari Kajang, Selangor tidak sia-sia apabila dia terpilih ke Tanah Suci tahun ini bersama isteri.

Sulaiman berkata, dia berhasrat menunaikan haji dalam waktu terdekat ini memandangkan tahap kesihatannya kurang memuaskan, selain bimbang tidak sempat untuk ke Tanah Suci.

“Saya beranggapan tidak rugi menjual rumah di Kajang walaupun cukup perit membelinya 20 tahun lalu.

“Namun mungkin rezeki saya berada di tempat yang lain kerana percaya demi merealisasikan impian kita kena korbankan apa yang ada,” katanya ketika ditemui di Kompleks Tabung Haji, di sini, semalam.

Sulaiman berkata, rumah dibeli hasil titik peluhnya sebelum ini yang membuka bengkel kereta dan hasil itu digunakannya untuk menyara kehidupan sekeluarga.

“Rumah itu memang banyak jasanya terutama hasil daripada jualan boleh digunakan bagi menunaikan ibadah haji.

“Walaupun sedih kerana menjualnya namun jauh di sudut hati saya gembira kerana tidak perlu berhutang atau meminjam daripada orang lain untuk ke Tanah Suci,” katanya.

Selain itu, katanya, sebagai persiapan ke Makkah, dia menjaga pemakanan, selain tidak mengambil makanan berlemak atau minum manis.

“Saya mempunyai masalah kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang namun doktor berkata ia masih terkawal dan boleh mengerjakan haji tanpa masalah.

“Namun ia memberikan peringatan kepada saya supaya lebih berdisiplin dalam soal pemakanan untuk mengerjakan ibadat dengan lebih selesa,” katanya.-myMetro


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vn3NPb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.