Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pesawat Syarikat Muflis Jadi Air Force One - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pesawat Syarikat Muflis Jadi Air Force One



PESAWAT Boeing 747 milik syarikat penerbangan Rusia yang muflis akan diubah suai menjadi Air Force One.

Sumber memberitahu, pembelian pesawat itu dapat menjimatkan berbilion dolar selepas Presiden Donald Trump menganggap kos projek menggantikan pesawat itu keterlaluan.

AFP dimaklumkan, Boeing telah bersedia untuk menjual dua pesawat 747-8 kepada pasukan tentera udara Amerika Syarikat.

Air Force One sebenarnya beroperasi dengan dua pesawat, iaitu sebuah untuk kegunaan presiden, manakala satu lagi simpanan.

Pesawat itu telah ditempah pada 2013 tetapi syarikat penerbangan itu, Transaero telah jatuh muflis dua tahun kemudian.

"Usaha masih dilakukan untuk memeterai perjanjian bagi membeli dua pesawat Boeing itu," katanya yang menjangka pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat.

Proses pengubahsuaian 747-8 jumbo jet kepada pesawat yang lengkap dengan pelbagai teknologi terkini dijangka mencecah AS$3.2 bilion. - mStar



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vmvGH9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.