Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kalut.......kenapa agaknya? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kalut.......kenapa agaknya?

* Tun M tak rugi apa-apa tapi sebaliknya beliau sendiri ada akibat yang mungkin akan ditanggung

Adakah selepas ini akan ada lagi aksi selak menyelak yang terhidang di mata rakyat?

Saturday, 5 August 2017
ZAHID HAMIDI KALUT SENDIRIAN?

Mula-mula Zahid Hamidi menolak dakwaan Tun Mahathir Mohamad bahawa kunjungannya ke rumah bekas Perdana Menteri bertujuan meminta sokongan untuk menjatuhkan Najib Razak.

Kata Timbalan Perdana Menteri, beliau ada rakaman berhubung pertemuan itu.

Kemudian, Zahid Hamidi bergerak selangkah lagi dengan mengatakan beliau sedia bersumpah laknat bagi menafikan dakwaan Tun Mahathir itu.
"Saya sedia bersumpah laknat di mana-mana masjid pun bahawa yang merancang untuk menjatuhkan Perdana Menteri adalah "orang itu" dan bukan saya," katanya.

Dalam masa yang sama, beliau juga mencabar Tun Mahathir untuk sedia bersumpah bersama-sama dengannya.
Tetapi, belum pun cabarannya berhubung sumpah laknat atau kenyataannya tentang memiliki rakaman itu mendapat respon daripada Tun Mahathir, Zahid Hamidi sendiri akhirnya tidak sabar-sabar melafazkan sumpah wala'nya kepada Najib.

"Wallahi, wabillahi, watallahi...selagi saya diberi kepercayaan, saya akan membantu YAB Presiden parti dan Perdana Menteri. 

"Saya akan terjemahkan ketaatsetiaan dan kerja keras saya untuk Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Insya Allah," demikian lafaz sumpah yang diikrarkan oleh Zahid.
Hanya dalam tempoh tidak sampai 24 jam, berturut-turut kenyataannya - daripada mendakwa memiliki rakaman, kemudian mencabar bersumpah dan akhirnya bersumpah sendirian tanpa menunggu pun jawapan daripada Tun Mahathir.

Kenapa sampai begitu sekali?

Mengapa kelihatan terlalu kalut, kelam-kabut dan tidak sabar-sabar untuk menunjukkan kesetiaan kepada Najib yang sebenarnya ia sudah pun dilafazkan berkali-kali sebelum ini.

Apa apa-apa ke?  (ShahbudinHusin 05/08/2017)

Anda mungkin juga meminati:
JIKA ADA RAKAMAN, DEDAHKANLAH DAN NAJIB TENTU INGIN TAHU SAMA BUTIR PERBUALAN PENUH TUN MAHATHIR DENGAN ZAHID HAMIDI

KALAU DAH TAHU TUN MAHATHIR MUSUH NO 1 NAJIB, BUAT APA ZAHID HAMIDI PERGI MENEMUINYA?

Posted by Shahbudin Husin at 21:00   


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wiiroS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.