Kanak-Kanak Berumur 8 Tahun Meninggal Dunia Selepas Minum Air Mendidih Menggunakan Straw Kerana Dicabar Oleh Sepupunya..
FLORIDA (Amerika Syarikat) – Seorang budak perempuan meninggal dunia akibat kecederaan dialami selepas minum air mendidih menggunakan straw kerana dicabar sepupunya lapor Metro Online.
Ki’ari Pope, lapan, mengadu tidak dapat bernafas beberapa hari lalu sebelum tiba-tiba pengsan. Dia dikejarkan ke hospital tetapi malangnya tidak dapat diselamatkan.
Ibu mangsa, Marquisia Bonner berkata, anaknya itu dicabar minum air mendidih menggunakan straw oleh sepupu yang seusianya pada Mac lalu selepas mereka melihat perlakuan seperti itu dalam YouTube.
Akibat kecederaan dialami selepas berbuat demikian, Ki’ari terpaksa menjalani trakeotomi yang menyebabkannya pekak dan mengalami masalah pernafasan kronik.
Bagaimanapun, Jabatan Kanak-kanak dan Keluarga Florida dalam satu kenyatana berkata, kanak-kanak itu juga menunjukkan tanda-tanda didera.
Susulan itu, pihak berkuasa kini menyiasat kejadian Mac lalu terbabit selain sembilan yang lain membabitkan kes dipercayai penderaan atau pengabaian terhadap mangsa.
Setiausaha jabatan, Mike Carroll berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan untuk meneliti sepenuhnya kematian mangsa. -Pen Merah Press
VIDEO:
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fiv13n
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment