KENAPA APANDI BERDIAM DIRI BERHUBUNG SIASATAN AS?
SHAH ALAM – Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali digesa mencari penyelesaian berhubung tindakan AS yang memulakan siasatan jenayah berkaitan 1MDB.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, tindakan Apandi yang sehingga kini didakwa berdiam diri, dilihat memburukkan lagi imej negara.
“Sepatutnya institusi negara sejak awal lagi mencari jalan penyelesaian dengan melakukan pelbagai inisiatif sebagai usaha menyelamatkan imej dan dana negara.
“Sehingga ke tahap ini, Peguam Negara masih berdiam diri dan saya tak faham mengapa institusi dalam negara kita tidak boleh berfungsi, bukan untuk pembangkang tapi untuk selamatkan dana negara,” katanya selepas merasmikan aplikasi Sistem Pengurusan Data Pilihan Raya (Spera), semalam.
Nurul Izzah berkata, keadaan itu menggambarkan rakyat dan negara berada dalam keadaan berisiko.
– Sinar Harian
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w1C4Ej
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment