Hi! Welcome Back and Stay Tune! Akhirnya LHDN Beri Kenyataan Rasmi Isu Isytihar Notis Muflis Shaheizy Sam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Akhirnya LHDN Beri Kenyataan Rasmi Isu Isytihar Notis Muflis Shaheizy Sam

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan notis muflis yang diiklankan terhadap aktor Shaheizy Sam telah mendapat kebenaran daripada pihak mahkamah dan juga mengikut prosedur.

Laporan mendedahkan punca aktor itu diberikan notis muflis kerana tidak membayar cukai pendapatan bernilai RM300,000.

Notis oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor dikeluarkan pada 26 Mei lalu.

Ini kenyataan penuh Ketua Pegawai Eksekutif Perhubungan Awam Media LHDN, Masrun Maslim:

Penyampaian ganti telah dimasukkan dalam sebuah akhbar tempatan pada 7 Ogos lalu. Penyampaian ganti bermaksud LHDN sudah mengikuti prosedur dan peroleh kelulusan mahkamah. Saya tiada penjelasan lain, cuma hendak maklumkan segala prosedur pemungutan LHDN telah dijalankan dengan sempurna dan teratur. LHDN tidak akan mengeluarkan mana-mana notis dalam akhbar tanpa bukti asas yang kukuh. Dan apabila notis dikeluarkan bermakna semua tindakan pemungutan telah dilakukan dan ia dikeluarkan atas kebenaran mahkamah. Kami nasihatkan mana-mana pembayar cukai selesaikan urusan percukaian mereka dan jangan sampai berlaku keadaan seperti ini. Bagi kes spesifik cukai seperti yang dimaksudkan, sila berhubung dengan cawangan Wangsa Maju untuk sebarang maklumat lanjut. Sumber: malaysiakini.com

Masrun turut menggesa orang ramai agar melunaskan cukai pendapatan sebelum berlakunya pengisytiharan bankrap.LHDN tidak mungkin akan membuat siaran iklan kebrankapan tanpa maklumat terperinci. – SUMBER



✍ Sumber Pautan : ☕ Kaki Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wFYtEI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.