Hi! Welcome Back and Stay Tune! Buka Pemilihan Presiden Kepada Anggota Bukti UMNO Bukan Milik Saya Seorang - Najib - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Buka Pemilihan Presiden Kepada Anggota Bukti UMNO Bukan Milik Saya Seorang - Najib

ALOR GAJAH, 13 Ogos (Bernama) -- Langkah membuka pemilihan Presiden UMNO kepada lebih 165,000 anggotanya pada 2013 merupakan bukti nyata bahawa UMNO bukan milik saya seorang berbeza dengan zaman kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad,? kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata pada zaman kepimpinan Tun Dr Mahathir, bekas perdana menteri itu menggunakan mekanisme ?undi kuota' dan ?undi bonus' setiap kali tiba pemilihan parti untuk kekal berkuasa.

"Masa saya jadi Presiden UMNO, saya mansuhkan (undi kuota dan undi bonus) malah nasib saya, saya serahkan kepada lebih 165,000 ahli UMNO seluruh negara serentak yang mana lebih 165,000 ahli UMNO ini tidak boleh dibeli sesuka hati.

"Akhirnya saya menang tanpa bertanding, (membuktikan) UMNO sokong secara terbuka kepimpinan saya, bukti UMNO bukan milik saya tetapi milik semua ahlinya," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Masjid Tanah di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron; Setiausaha Kerja UMNO Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang juga Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah; dan kira-kira 5,000 perwakilan UMNO bahagian itu.

UMNO menjadi lebih terbuka, demokratik dan inklusif apabila pindaan perlembagaan parti diluluskan pada 2009 yang antara lain meningkatkan jumlah perwakilan untuk pemilihan jawatan tertinggi parti dan jawatan peringkat bahagian selain menghapuskan sistem kuota dalam pemilihan parti.

Najib berkata Dr Mahathir menjadi perdana menteri dan presiden UMNO bukan kerana beliau seorang pemimpin yang popular, sebaliknya kerana tindakannya 'mengunci' kepimpinan tertinggi parti dengan 'undi kuota' dan 'undi bonus'.

"Pada pemilihan UMNO 1987, dia (Dr Mahathir) bertanding melawan Tengku Razaleigh (Hamzah), dia menang dengan 43 undi sahaja, walaupun saya rapat dengan Tengku Razaleigh tetapi saya letak prinsip wala' (kesetiaan).

"Masa itu, saya Ketua Pemuda UMNO dan Tun M (Dr Mahathir) ketua saya maka saya wajib sokong Tun M, saya tampil kepada semua nyatakan sokongan saya. Tetapi apa dia buat - dia kunci kepimpinan tertinggi dengan 'undi kuota' dan 'undi bonus'," katanya.

Najib berkata sebagai Presiden UMNO, beliau membuat pelbagai keputusan secara rundingan bersama dengan Ahmad Zahid serta pemimpin UMNO yang lain dan hasil daripada langkah itu hari ini, UMNO menjadi sebuah parti yang lebih terbuka.

Siapa yang lebih diktator dalam parti. UMNO bukan saya punya malah lebih terbuka hari ini daripada masa-masa yang lalu, saya cuma pemimpin yang jadi pemimpin kerana sokongan daripada ahli-ahli UMNO, katanya.

Sementara itu, Najib berkata beliau tidak perlu menoleh ke belakang apabila melaksanakan tugasnya sebagai perdana menteri kerana meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Ahmad Zahid.

Beliau berkata hubungan rapat yang dijalin dengan Ahmad Zahid bukan sehari dua sebaliknya bermula sejak tahun 1986 lagi dan ramai yang tidak mengetahui apa yang telah dilalui mereka berdua.

Tiada orang tahu berapa kali kami pergi kursus bersama duduk dalam sebuah dormitori bersama, tiada orang tahu susah senang Ahmad Zahid di Bagan Datuk yang mana saya sebagai Ketua Pemuda UMNO dulu saya beranikan diri berkempen untuk Ahmad Zahid.

Bila ada percubaan nak goncang keyakinan saya dengan Ahmad Zahid, saya ulangi keyakinan saya kepada Ahmad Zahid, supaya tidak boleh dipertikai oleh sesiapa, katanya.

Beliau berkata hubungan tidak formal yang merujuk kepada hubungan erat terjalin antara individu di luar daripada hubungan formal dalam parti atau organisasi tertentu akan membolehkan mereka yang terlibat bertahan lama dalam politik. -- BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vRUJCE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.