Buaya Seberat 300kg Ditemui Di Miri
MIRI, 13 Ogos (Bernama) -- Seekor buaya sepanjang empat meter serta seberat 300kg ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Labau, Sibuti, 60km dari sini petang Sabtu.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Miri Kapten Mohamad Hazle Shah Hamid berkata hasil maklumat yang diterima daripada Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), APM Miri bergegas ke lokasi kejadian dan tiba di sana pada 2.30 petang.
"Buaya tersebut ditemui di kawasan ladang kelapa sawit berhampiran dengan anak sungai," katanya dalam kenyataan ringkas di sini hari ini.
Menurutnya, SFC telah meminta bantuan APM Miri untuk memindahkan buaya berkenaan menggunakan lori tiga tan milik APM Miri untuk dibawa ke Taman Buaya Miri di Kuala Baram.
Untuk rekod, Taman Buaya Miri yang juga mini zoo terletak 50km dari pusat bandar raya, menempatkan pelbagai spesies buaya dan binatang. -- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uCNZVi
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment