Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sapa Ada Akaun MAYBANK .. SILA AMEK PERHATIAN .. Anda Mungkin Dalam BAHAYA ! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sapa Ada Akaun MAYBANK .. SILA AMEK PERHATIAN .. Anda Mungkin Dalam BAHAYA !

Kuala Lumpur: Individu yang memiliki akaun Maybank dinasihati berwaspada terhadap kemunculan sindiket penipuan ‘Spoofing’.

Timbalan Pengarah JSJK (Siber dan Siasatan Multimedia), Senior Asisten Komisioner Datuk Kamaruddin Md Din berkata, pihaknya mengesan wujud rangkaian sindiket baru yang menyamar sebagai pegawai bank khususnya Maybank untuk menipu orang awam.

Menurutnya, sindiket itu akan menghubungi telefon mangsa secara rambang sebelum memulakan perbualan dengan mendakwa nama mangsa digunakan individu tertentu untuk melakukan pinjaman peribadi.

“Ahli sindiket akan memperkenalkan diri sebagai pegawai bank sebelum meminta mangsa menyatakan nama penuh dan nombor MyKad untuk tujuan pengesahan.

“Suspek kemudian mendakwa ada individu yang menyamar dan membuat pinjaman peribadi menggunakan identiti mangsa,” katanya.

Mangsa kemudian akan panik dan suspek akan menasihati mereka untuk membuat aduan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan memberi nombor telefon yang sudah diubah menggunakan ‘platform voice over internet protocol’ (VOIP) untuk memperdaya mangsa.

“Meskipun itu bukan nombor asal BNM atau PDRM akan tertera nombor asal dua agensi kerajaan pada telefon pintar mangsa menggunakan peralatan VOIP,” katanya.

Kamaruddin berkata, sebaik mangsa menghubungi nombor itu, seorang lagi ahli sindiket yang menyamar sebagai pegawai BNM atau PDRM akan menjawab panggilan itu.

Beliau berkata, ‘pegawai’ palsu itu pula akan meminta maklumat perbankan dan kad kreditmangsa kononnya untuk tujuan pengesahan dan semakan.

Sumber: Harian Metro



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uRV0kA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.