Hi! Welcome Back and Stay Tune! LIM JAWAB KEBIMBANGAN AKTIVIS JIKA MAHATHIR JADI PM LAGI - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

LIM JAWAB KEBIMBANGAN AKTIVIS JIKA MAHATHIR JADI PM LAGI

Pemimpin DAP, Lim Kit Siang sekali lagi mempertahankan Tun Dr Mahathir Mohamad, kali ini dengan menangani kebimbangan golongan aktivis bahawa bekas perdana menteri itu akan memimpin negara sekali lagi.

Mengulas kenyataan aktivis Haris Ibrahim, Lim berkata persetujuan belum dicapai di kalangan parti-parti Pakatan Harapan (HARAPAN) mengenai siapa yang akan menjadi perdana menteri sekiranya BN ditewaskan pada pilihan raya umum akan datang.

Anggota Parlimen Gelang Patah itu memberi jaminan kepada Haris bahawa HARAPAN komited untuk memastikan pertukaran perdana menteri dan menegaskan bahawa semua parti komponennya berhasrat melaksanakan reformasi demi “menyelamatkan Malaysia”.

“Haris dan aktivis politik yang lain dijemput untuk bekerjasama dengan sekretariat HARAPAN untuk menyediakan agenda reformasi HARAPAN bagi menyelamatkan Malaysia,” kata Lim.

Haris dalam satu laporan FMT hari ini mengatakan bahawa beliau “teruja” untuk melihat BN dikalahkan, namun berpendapat agenda reformasi lebih penting.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ueFsvC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.