Macam Mana Nak Elak Akaun FB Ads Kena Flagged
Copywriting dah siap. Gambar produk pun ada. Setting dan targeting iklan pun sedia untuk digunakan.
Sekarang tibalah masanya untuk melancarkan iklan pertama dengan Facebook Ads.
Anda ikut semua langkah untuk buat FB Ads. Tekan butang “Order” dan anda tak sabar-sabar nak lihat berapa banyak komen PM yang anda dapat.
Anda dah berangan limpahan komen yang menderu masuk ke iklan anda. Anda tersenyum kegirangan sambil membayangkan berapa banyak prospek yang anda dapat close nanti.
Tup, tup, anda mendapat notifikasi daripada Facebook. “Wah, Facebook hantar pemberitahuan. Ini mesti iklan dah launch ni,” bisik hati anda.
Tapi mesej yang anda terima adalah sebaliknya – “You account has been flagged for policy violations….”
Rupa-rupanya iklan anda tak lepas. Mulakah anda berfikir apakah yang menyebabkan anda tak dapat melancarkan iklan FB Ads anda.
Memahami Polisi Pengiklanan Facebook
Setiap iklan yang dilancarkan akan disemak oleh Facebook agar ianya tidak melanggar polisi pengiklanan mereka.
Tempoh masa semakan adalah dalam 24 jam atau lebih lama, bergantung kepada kandungan iklan tersebut.
Antara perkara yang disemak adalah:
- Gambar iklan
- Copywriting
- Cara memposisikan iklan – adakah iklan ditujukan kepada audien yang sebenar atau tidak?
Sekiranya iklan tidak diluluskan, Facebook akan menghantar emel notifikasi dan mereka akan memberikan sebab kenapa iklan tidak diluluskan.
Kenapa Iklan Tak Diluluskan?
Ada banyak sebab kenapa iklan tidak diluluskan oleh Facebook, antaranya ialah:
1. Guna perkataan terlarang
Menurut polisi pengiklanan Facebook, mereka tidak membenarkan penggunaan perkataan atau frasa yang merujuk kepada sifat peribadi seseorang.
Perkataan seperti gemuk, sakit jantung, darah tinggi dan lain-lain adalah terang-terang perkataan yang melanggar polisi pengiklanan Facebook.
Maksudnya, kandungan iklan tidak boleh membayangkan atau cuba menghasilkan persepsi diri negatif untuk mempromosikan sesuatu produk seperti produk kesihatan dan kecantikan.
2. Letak gambar produk berjenama/hakcipta eg: LV, Prada, Gucci dan sebagainya
Produk-produk jenama besar memang tidak membenarkan penggunaan hak cipta, tanda dagang dan iklan mereka digunakan oleh mana-mana pihak ketiga.
Jika anda ejen produk, pastikan anda mendapat kebenaran daripada pemilik produk untuk menggunakan gambar, copywriting dan jenama mereka di dalam iklan FB Ads.
3. Tulis ayat iklan yang hype
Iklan anda menjanjikan harapan? Anda perlu berhati-hati di dalam hal ini.
Facebook amat tegas dalam iklan yang agak hype dan mengelirukan.
Iklan seperti “boleh kurus dalam 30 hari atau jana RM40,000 dalam 4 bulan” adalah contoh-contoh iklan yang tidak akan diluluskan oleh Facebook.
Iklan sepatutnya tidak boleh mengandungi kandungan yang menipu, salah atau mengelirukan pengguna.
4. Relevan iklan dengan kandungan
Selain daripada kandungan yang perlu disemak, iklan juga perlu relevan dengan apa yang disampaikan.
Maksudnya teks, gambar atau video yang digunakan mesti ada kaitan dan relevan dengan produk yang ditawarkan dan prospek.
Anda tak boleh buat iklan viral tentang sesuatu yang kontroversi tapi dalam CTA anda letak pasal produk kesihatan.
Iklan sebegitu memang tiada kaitan langsung dengan tawaran dan tidak akan diluluskan oleh Facebook.
Langkah-langkah untuk Buat Semula Iklan Yang Tak Diluluskan
Jika iklan anda tidak diluluskan, anda boleh edit iklan dan hantar kembali kepada Facebook untuk semakan.
Tapi sebelum itu, anda perlu tahu bahawa:
- Anda tak boleh tukar kempen objektif bila anda edit iklan. Jika anda nak pilih objektif berlainan, anda perlu buat iklan baru.
- Jika anda pilih kempen iklan engagement, anda tak boleh edit iklan.
- Anda tak boleh edit iklan video. Perlu buat iklan video terbaru sekiranya anda mahu edit.
Untuk edit iklan, boleh pergi ke ruangan Ads Manager. Klik pada Campaign, Ad Sets atau Ads.
Selepas itu, klik pada iklan yang anda mahu edit. Setelah edit, tekan Review Changes.
Macam Mana Tulis Iklan Yang Kalis Ban atau Flagged?
- Pastikan iklan anda tepat kepada avatar pelanggan anda
Dalam pemasaran, segmen pelanggan adalah di antara aspek yang paling ditekankan sebelum sesuatu kempen iklan atau pemasaran dijalankan.
Oleh sebab itu anda perlu kenal betul-betul siapa bakal pelanggan anda. Baru buat iklan.
- Baca polisi pengiklanan Facebook Ads sampai faham
Oleh kerana Facebook telah menyediakan platform pengiklanan untuk peniaga online, maka kita perlu mematuhi syarat dan polisi mereka.
Anda boleh baca polisi pengiklanan Facebook di sini.
- Guna simbol atau tanda baca (.+?/$& dll.) tapi jangan terlalu banyak simbol.
Salah satu trik yang anda boleh guna dalam copywriting iklan anda ialah dengan menggunakan simbol.
Tambahkan simbol di dalam perkataan-perkataan sensitif seperti berat, kurus, jeragat:
Berat > Bèrat
Kurus > Kúrús
Cantik > Cántik
Jeragat > Jeragát
- Berikan tips, petua atau cara-cara guna produk dalam bentuk video iklan
Tukarkan kandungan iklan anda kepada informasi seperti tip, petua atau cara-cara guna produk.
Dengan ini, iklan anda akan mudah diluluskan oleh Facebook.
- Tulis iklan (copywriting dan gambar) yang menunjukkan manfaat atau menggambarkan gaya hidup yang positif
Cara ini sesuai sekiranya anda menjual produk supplemen kesihatan yang berpotensi tidak diluluskan oleh Facebook.
Tukar ‘angle’ iklan supaya lebih kepada manfaat dan kesan positif daripada penggunaan produk (badan sentiasa cergas, bertenaga, bahagia bersama keluarga dan sebagainya).
Sekiranya iklan kena flag, anda boleh buat rayuan kepada Facebook dengan mengisi borang yang mereka sediakan.
Sekiranya sudah merayu tapi masih tidak ada jawapan, anda terpaksa buat page baru dan akaun Facebook yang baru.
Kesimpulan
Akaun FB Ads kena flagged malah sampai kena ban adalah cabaran kepada peniaga online yang menggunakan Facebook sebagai platform pengiklanan.
Namun, ianya bukan satu masalah yang boleh mempengaruhi jualan produk anda.
Anda perlu faham bahawa Facebook adalah media sosial. Jadi ia adalah tempat untuk berhubung dengan orang ramai dan juga tempat untuk berkongsi minat, maklumat dan idea.
Jadi, cara pengiklanan di Facebook lebih menjurus kepada pengalaman pengguna dan mekanisme Facebook itu sendiri.
Nak belajar meletupkan jualan dengan FB Ads? Klik sini.
Dah join Like Method tapi tak tahu nak buat iklan? Biar Like Method bantu anda dengan Servis FB Ads. Klik sini.
Sumber : http://likemethod.com/macam-mana-nak-elak-akaun-fb-ads-kena-flagged/
Sumber : http://likemethod.com/macam-mana-nak-elak-akaun-fb-ads-kena-flagged/
Post a Comment