Marah sampah lambat dikutip, tong sampah dihumban ke Batang Lupar
SRI AMAN: Marah kerana tong sampah lewat dikutip majlis daerah, tong sampah awam yang sarat dengan sampah, menjadi mangsa dihumban ke Sungai Batang Lupar.
Mengutip laporan Utusan Sarawak pada Rabu, pihak tidak bertanggungjawab menolak dua tong sampah berkapisiti 660 liter ke sungai yang terkenal dengan fenomena benak itu pada lewat malam Sabtu lepas.
Difahamkan menurut sumber, lori pengutip sampah Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) mengalami kerosakan sebelum berlaku kejadian tersebut.
Hal tersebut menyebabkan sampah di kawasan berkenaan lewat dikutip tiga hari daripada jadual asal.
Menurut sumber yang tidak dinyatakan laporan akhbar berkenaan, sikap panas baran pihak tertentu sanggup “mengorbankan” harta benda awam milik MDSA.
Pihak MDSA hanya dapat menyelamatkan sebuah daripada tong sampah berkenaan pada pagi Ahad, manakala sebuah lagi tong sampah dihanyutkan arus deras sungai.
Sumber kesal kerana pihak yang membuat “hukuman” tidak bertanggungjawab seperti itu, tidak menyiasat punca di sebalik kelewatan kutipan sampah berkenaan.
MDSA bukan tidak bertanggungjawab, sengaja atau sambil lewa mengabaikan tugas mereka.
Sumber berharap, penduduk perlu sentiasa menghargai harta dan kemudahan awam serta mendapat maklumat tepat dengan pihak berwewenang sendiri, sekiranya timbul masalah berkaitan kutipan sampah di kawasan masing-masing. – Sarawakvoice
✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tYHMCM
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment