Hi! Welcome Back and Stay Tune! Muka Anak 'Terlalu Hensem', Wanita Kecewa Selepas Tahu Dia Sebenarnya Jaga Anak Orang Lain Selama 28 Tahun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Muka Anak 'Terlalu Hensem', Wanita Kecewa Selepas Tahu Dia Sebenarnya Jaga Anak Orang Lain Selama 28 Tahun


Seorang wanita kecewa selepas mengetahui dia sebenarnya menjaga anak orang selepas 28 tahun lamanya.

Wanita tersebut percaya kesilapan itu terjadi kerana pihak hospital menyerahkan bayi yang salah selepas dia melahirkan anak.

Wanita bernama Zhang itu mengetahui perkara tersebut selepas dia dan bekas suami membuat ujian DNA kerana tidak faham mengapa anak lelakinya itu terlalu hensem (berbanding dirinya dan suami).

Malah, rumah tangga Zhang juga bergolak disebabkan 'anak mereka terlalu hensem'.

Zhang memberitahu portal berita Kan Kan: "Anak saya mempunyai mata yang besar dan hidung yang mancung. Ayahnya tidaklah hensem sangat dan sangat lain rupanya dengan anak saya."

Ibu itu berkata sejak anaknya lahir, rakan dan keluarga selalu mempersoalkan mengapa anaknya itu sangat hensem dan bagaimana mereka boleh melahirkan anak dengan muka yang sangat berbeza.

Soalan itu menghantaui Zhang dan suaminya sehingga menyebabkan mereka bercerai pada 2004.

Pada 2011, bekas suami Zhang meminta agar Zhang dan anaknya itu melakukan ujian DNA.

Hasil ujian mendapati kedua-dua mereka langsung tidak mempunyai kaitan dengan anak mereka itu.

Kerana tidak berpuas hati, mereka lagi sekali membuat ujian DNA pada 2016 namun hasilnya tetap sama.

Anak pasangan itu yang dikenali sebagai Wang Ye berkata: "Saya masih tak boleh percaya. Kami sudah lama hidup bersama. Saya tak boleh terima fakta itu."

Dalam pada itu, Wang berkata dia mahu menyaman hospital terbabit selepas memberikan dirinya kepada ibu bapa yang salah 28 tahun lalu. Dalam masa yang sama, ibu bapa wang mahu mencari anaknya yang sebenar.


Foto yang memaparkan Wang sejurus selepas dilahirkan dan dua bulan kemudian.

Sumber: Siakapkeli


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vaDBoI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.