Oleh Kerana Cemburu Anaknya Tidak Lagi Mendapat Perhatian Daripada Keluarga, Ibu Saudara Dipercayai Menjadi Punca Membunuh Bayi Berusia Enam Hari Dengan Mencampak Ke Dalam Perigi Sedalam Enam Meter..
| KEADAAN perigi dilokasi penemuan mayat bayi berusia enam hari di Kampung Ong Lok, Batang Melaka, Jasin. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber |
MELAKA: Cemburu dipercayai menjadi punca seorang wanita membunuh bayi berusia enam hari yang mayatnya ditemui dalam perigi sedalam enam meter di Kampung On Lok di Batang Melaka, Jasin, di sini, pada 23 Julai lalu.
Menurut Berita Harian, suspek berusia 28 tahun itu dipercayai berbuat demikian selepas anaknya tidak lagi mendapat perhatian daripada keluarga selepas mangsa dilahirkan.
Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Jalil Hasan, berkata siasatan juga mendapati suspek yang juga ibu saudara kepada mangsa turut mempunyai rekod sakit mental.
"Motif sebenar pembunuhan bayi itu masih disiasat dan suspek akan dihantar ke Hospital Permai esok untuk pemeriksaan mental selama sebulan.
"Ia bagi mengenal pasti sekiranya tindakan jenayah dilakukannya berkait dengan masalah mental atau sebaliknya," katanya.
Beliau berkata demikian selepas sambutan Hari Hijau Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2017 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini, hari ini.
Sebelum ini, seorang bayi lelaki berusia enam hari ditemui mati dalam perigi sedalam enam meter, disyaki dibunuh oleh ahli keluarga sendiri.
Mayat bayi sempurna fizikal dan masih berbalut lampin putih itu ditemui orang awam sebelum dikeluarkan dari perigi dengan bantuan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jasin Bistari, kira-kira jam 10.30 malam pada 23 Julai lalu.
Abdul Jalil berkata, suspek disyaki mencampakkan bayi berkenaan ke dalam perigi.
"Lima lagi suspek yang juga ahli keluarga mangsa dibebaskan dengan jaminan polis. Kita masih menunggu laporan penuh bedah siasat mangsa daripada Jabatan Patologi Hospital Melaka," katanya.-Pen Merah Press.
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ucALOR
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment