Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pakatan Harapan Seumpama Sebuah Mesin Basuh Besar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pakatan Harapan Seumpama Sebuah Mesin Basuh Besar


Anda mempunyai "dosa politik" sepanjang karier anda sebagai ahli politik? Ada dinasihatkan menyertai Pakatan Harapan andai anda mahu "menyucikan dosa politik" anda. Mungkin itulah tagline paling sesuai untuk menggambarkan keadaan semasa politik di dalam pakatan pembangkang hari ini.

Manakan tidak, sekiranya ada diantara mana-mana ahli politik yang sebelum ini adalah ahli UMNO, Barisan Nasional mahupun PAS, sekiranya mereka menyertai Pakatan Harapan, segala dosa politik mereka seolah-olah diampunkan. Atau dalam bahasa mudahnya, seorang ahli politik itu seperti dilahirkan semula tanpa ada sebarang dosa terhadap pembangkang.

Untuk mudah difahami, lihat sahaja beberapa contoh mereka yang sebelum ini begitu hebat menghentam mana-mana pemimpin DAP dan PKR, sekiranya menyertai perjuangan pembangkang, mereka akan mudah dijulang seperti hero yang telah berjaya memenangkan Pakatan Harapan.

Sebagai contoh, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sejak penyertaannya di dalam UMNO, sebut sahaja, apa jua kata nista yang dia lemparkan kepada Lim Kit Siang dan DAP. Namun sebaik sahaja menubuhkan PKR dan menyertai perjuangan DAP, segala kata nista yang dia lemparkan dilupakan begitu sahaja.

Malah, lebih hebat lagi, dia diangkat sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia sekiranya Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan pada PRU ke 14 kelak. Cara yang sama turut diterima oleh Pengerusi, Presiden dan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir, ketiga-tiga mereka adalah bekas ahli UMNO yang menyandang jawatan tertinggi di dalam parti berkenaan. Namun, setelah melancarkan serangan terhadap Datuk Seri Mohd Najib dan bercita-cita menumbangkan UMNO, kelibat mereka bertiga diterima dan dijulang tinggi di dalam Pakatan Harapan.

Walhal, semasa mereka menjadi ahli UMNO, begitu banyak kejian dan umpatan serta kata-kata nista dilemparkan kepada pemimpin PKR dan DAP. Lebih-lebih lagi Mahathir yang selama ini menghasut kebencian semua pihak terhadap DAP dan Anwar. Namun semuanya berubah hari ini dengan dia sendiri diangkat sebagai Pengerusi gabungan Pakatan Harapan.

Di pihak PAN pula, sasaran mereka adalah para pemimpin PAS yang masih setia dengan perjuangan parti berkenaan. Umum mengetahui bahawa kesemua pemimpin PAN merupakan bekas pemimpin PAS yang satu ketika dahulu cukup membenci Mahathir. Namun semuanya berubah sebaik sahaja DAP berjaya menghasut fahaman liberalnya kepada beberapa orang pemimpin PAN.

Akhirnya, setelah PAN ditubuhkan, antara sasaran utamanya adalah untuk menjahanamkan PAS disamping menarik seberapa ramai pemimpin PAS menyertai mereka. Satu demi satu beralih angin akibat fahaman liberal dengan meninggalkan kepimpinan Ulama dan konservatif. Hari ini, sasaran berkenaan masih sama dan PAS terpaksa menelan hakikat, mereka mendapat serangan dari bekas pemimpin mereka sendiri.

Inilah senario politik Pakatan Harapan. Seperti yang pernah diungkapkan oleh Timbalan Presiden PAN, Salehuddin Ayub sebelum ini, mereka yang menyertai perjuangan Pakatan Harapan seumpama dibersihkan segala dosa mereka dan ianya kelihatan seperti sehelai kain putih.

Memang benar seperti sehelai kain putih kerana apa yang diamalkan di dalam Pakatan Harapan seumpama seperti sebuah mesin basuh yang besar yang bertujuan untuk menyucikan dosa-dosa politik bekas lawan-lawan mereka sebelum ini.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wltcJB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.