Pelancong China beri tabik hormat Hitler ditahan
BERLIN: Polis Jerman menahan dua pelancong China, hari ini kerana didapati bersalah memberi tabik hormat ala Hitler di hadapan bangunan bersejarah Reichstag.
Perbuatan itu adalah satu kesalahan di negara berkenaan.
Polis dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua pelancong lelaki itu yang berusia 36 tahun dan 49 tahun mempamerkan aksi zaman Nazi itu sebelum mengambil foto menggunakan telefon bimbit.
Mereka berdepan tuduhan `menggunakan simbol pertubuhan haram' dan dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak 500 euro (RM2,518) setiap seorang.
Jerman menguatkuasakan undang-undang ketat terhadap ucapan berunsur kebencian dan simbol berkaitan Hitler atau Nazi yang menguasai negara itu dengan kejam sekitar tahun 1933 hingga 1945. - REUTERS
Sumber Pelancong China beri tabik hormat Hitler ditahan
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vCyMHT
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment