Hi! Welcome Back and Stay Tune! “TAK SENTUH MALAM PERTAMA” Isteri Hafiz Buka Mulut Cerita Hal Sebenar Yang Buat Hafiz Terduduk - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“TAK SENTUH MALAM PERTAMA” Isteri Hafiz Buka Mulut Cerita Hal Sebenar Yang Buat Hafiz Terduduk




Joy Revfa menegaskan tindakannya membalas kenyataan suaminya, Hafiz Hamidun, di media sosial semata-mata bertujuan melindungi maruah diri.


Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin, 30, terkilan apabila penyanyi didakwa sengaja menjaja cerita peribadi berkaitan hal suami isteri yang dianggap mengaibkan.


“Selama ini, saya berdiam diri dan bersabar kerana ingin menjaga statusnya sebagai ‘ustaz penyanyi’, tetapi apabila diberitahu dia (Hafiz) menjaja cerita dalam kelambu, tiba masanya saya bersuara.


“Dia menghebahkan cerita tidak pernah ‘menyentuh’ isteri dari malam pertama hingga sekarang kepada orang luar. Sudah tentu keluarga meminta saya bertindak mempertahankan maruah diri.


“Saya tidak akan bersuara jika bukan dia yang memulakannya. Apa niat dia memutar belit cerita dan membuka aib tidak pernah menyentuh saya? Kenapa harus memberitahu seluruh alam mengenai perkara itu?” katanya kepada BH Online.


Usahawan kosmetik itu mendakwa tidak mengetahui sebarang konspirasi mahu pun agenda di sebalik segala tindakan penyanyi terbabit.


Tambah Joy, luahan yang dikongsi menerusi laman sosial Facebook miliknya dinyatakan secara umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa.


“Saya menulis Nukilan Hati di Facebook secara umum, yang sebenarnya bukan ditujukan kepada sesiapa pun. Jadi, kenapa dia yang terasa?


“Tidak mengapa, mungkin dia fikir dirinya lebih berkuasa, tetapi ingat Allah lebih berkuasa daripadanya. Semoga Allah mendengar doa seorang wanita teraniaya,” katanya lagi.


Joy yang mempunyai seorang anak daripada perkahwinan terdahulu diijabkabulkan dengan Hafiz di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam, pada 1 Mei lalu.






Sumber: kongsisemuanya

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2icwTMr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.