(Video) Ibu Setan...Bungkus Bayi Sendiri Lalu Di 'POS' Guna Khidmat Kurier Ke Rumah Anak Yatim.
Berbagai cara seorang ibu untuk menunjukkan kasih sayang kepada anaknya sendiri. Demi menjaga dan menyelamatkan anak, ibu (yang memiliki rasa peri kemanusiaan) selalunya lebih mengutamakan keselematan anaknya demi melihat mereka membesar dengan sihat dan selamat.
Berbeza dengan tindakan seorang ibu yang seolah mahu menyelamatkan bayinya tetapi dalam masa yang sama hampir membunuhnya dengan cara perlahan dan kejam.
Dipetik dari laman web popular dari China, Shanghaiist Dot Com, seorang bayi telah ditemui di dalam plastik wrapper (pembungkus) dalam keadaan masih bernyawa.
Berlaku di Fuzhou, China, seorang Mat Despatch ditugaskan untuk menghantar satu bungkusan ke sebuah rumah anak yatim, dan ketika dalam perjalanan dia seakan menyedari ada satu bungkusan yang mencurigakan dan seakan ada satu benda yang bergerak di dalamnya.
Tidak senang hati dengan kejadian itu, lantas dia berhenti di tepi jalan dan tanpa berfikir panjang dia terus membuka bungkusan yang dikira aneh baginya.
Dan sungguh mengejutkan kerana di dalamnya seorang bayi kecil masih hidup dalam keadaan berpeluh kerana kepanasan yang mana cuaca di Fuzhou pada masa itu sahaja adalah sekitar 37 darjah celsius dan bayangkan keadaan bayi tersebut yang terbungkus dengan plastik di dalam sebuah beg.
Orang ramai yang melihat kejadian tersebut lantas datang membantu dan ada juga yang memberikan bayi malang itu dengan putik kapas yang dibasahkan untuknya minum.
Dipendekkan cerita, perkara itu telah dilaporkan kepada pihak berkuasa tempatan dan bayi tersebut telah dihantar ke hospital di Fuzhou dan dilaporkan dalam keadaan stabil setelah melalui perjalanan yang memeritkan terbungkus dengan plastik dalam keadaan cuaca panas.
Untuk membantu siasatan, pihak polis telah melakukan tangkapan terhadap seorang wanita berusia 24 tahun yang dikenali dengan nama Luo yang mana disyaki sebagai ibu kepada bayi tersebut.
✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w1EeUc
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment