Hi! Welcome Back and Stay Tune! Zaleha sayang peminat, belum bersara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Zaleha sayang peminat, belum bersara

Sebelum datangnya Amelina, Mas Idayu, Sheeda atau Ifa Raziah, siapakah artis wanita yang lebih dulu mendominasikan lagu dangdut di Malaysia?

Orang itu tidak lain daripada Zaleha Hamid yang bukan saja handal dalam genre dangdut, sebaliknya juga lagu berirama Hindustan dan Melayu Deli.

Antara lagunya popularnya adalah Jangan Segan Segan, Jangan Kau Tangiskan, Nasib Janda, Sesejuk Airmata Ibu, Dangdut Reggae serta lagu duet termasuk Inang Aidilfitri bersama Allahyarham Datuk Sudirman, Sesuci Kasihku Semurni Cintamu (Aziz Ahmad) dan Joget Burung Merpati (Herman Tino).

Namun ke manakah hilangnya Zaleha yang juga bekas anggota kumpulan Orkes Zindagi ini?

Pada usia 60 tahun, penghibur veteran kelahiran Sungai Pinang, Pulau Pinang ini sebenarnya masih aktif membuat persembahan di serata tempat termasuk Singapura.

Bagaimanapun tidak banyak publisiti mengenai Zaleha hingga ada pihak mendakwa dia sudah bersara dari bidang nyanyian.

Ketika dihubungi BLING! kelmarin, Zaleha menafikan perkara itu.

“Alhamdulillah, walaupun saya kurang muncul di kaca TV dan tidak banyak publisiti daripada pihak media generasi baru, saya masih lagi aktif membuat persembahan.

“Saya kini menetap bersama keluarga di Johor Bahru dan jika ada undangan ke mana pun insya-Allah saya akan cuba pergi.

“Antaranya, saya pernah membuat persembahan pembukaan pada konsert mingguan ketiga Kilauan Emas musim kelima sebelum ini,” katanya.

Zaleha berkata, belum masanya dia bersara dari bidang nyanyian.

“Alhamdulillah, sampai sekarang irama dangdut masih diminati ramai. Bukan saja di kampung, tetapi juga bandar besar.

“Saya pernah memberitahu peminat untuk bersara dari bidang seni kira-kira dua hingga tiga tahun lalu.

“Namun, masih ramai pula peminat yang tidak menyokong hasrat itu. Saya juga masih sayangkan peminat dan insya-Allah, selagi kesihatan mengizinkan, saya akan teruskan lagi karier nyanyian sekali gus menghiburkan peminat.

“Dari segi kesihatan, kadang-kadang saya jatuh sakit juga, tetapi sakit yang biasa saja dan tidak berat-berat,” katanya.

Teringin rakam single baru

Mengenai album baru atau single pula, kata Zaleha, dia belum ada perancangan ke arah itu lagi.

“Saya akui susah mencari pencipta lagu dangdut pop asli pada zaman ini. Tapi kalau ada saya teringin rakam ‘single’ baru.

“Sebab itu, irama dangdut asli yang saya perjuangkan dulu mampu bertahan sampai sekarang, kerana ia berkualiti” katanya.

Ditanya kemunculan ramai bakat baru pula, kata Zaleha ia sesuatu yang positif kerana adanya pelapis dalam bidang nyanyian.

“Rata-rata bakat baru ada kelainan masing-masing dan ada yang mendapat bimbingan daripada guru vokal yang bagus.

“Saya harap semoga mereka berjaya dan berjuang dengan ikhlas untuk memajukan seni hiburan kita,” katanya yang mengharapkan genre dangdut terus bertahan sampai bila-bila.

The post Zaleha sayang peminat, belum bersara appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vaeT88

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.