89 Das Tembakan Meriam Iringi Keberangkatan Jenazah Almarhum Sultan Kedah
ALOR SETAR: Tembakan meriam sebanyak 89 das mengiringi keberangkatan keluar jenazah Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dari Istana Anak Bukit untuk dimakamkan di Makam Diraja Langgar dekat sini hari ini.
Jumlah tembakan yang menandakan usia Almarhum baginda berkenaan dikendalikan Bateri ke-41 Rejimen Artileri Diraja berpangkalan di Kem Sungai Buloh.
Keranda yang membawa jenazah Almarhum baginda diletakkan di atas pedati yang ditarik dengan kenderaan khas, diiringi kaum kerabat Diraja, penghulu-penghulu mukim serta rakyat jelata.
Suasana hiba dan pilu menyelubungi kerabat Diraja serta seluruh rakyat jelata yang menyaksikan keberangkatan jenazah Almarhum baginda ke makam.
Cuaca cerah dengan tiupan angin sederhana mengiringi keberangkatan jenazah yang akan melalui Jalan Anak Bukit, Jalan Tun Razak dan Jalan Langgar di sini.
Jarak dari istana ke Makam Diraja Langgar sejauh 12.4 kilometer dengan kelajuan pedati 30 kilometer sejam.
Pedati dijangka tiba di makam kira-kira 4 petang ini, disusuli istiadat pemakaman dan tahlil.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jjqPCf
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment