Caliph Buskers Pernah Ambil Upah Sebagai Tukang Urut
Meskipun sudah bergelar artis namun kumpulan Caliph Buskes mengakui berdepan cabaran untuk bekerja dalam industri seni tanah air.
Menerusi laporan mStar online, vokalisnya, Khairul Azmi Saat, 29, berkata, sebagai golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) mereka terpaksa berusaha lebih untuk bersaing dengan penyanyi-penyanyi yang ada.
“Saya mahu berkongsi tentang pengalaman kami anggota Caliph Buskers bagaimana kami berhadapan cabaran untuk bersaing mencari rezeki.
“Walaupun sudah bergelar artis tapi kami perlu berkerja dua kali ganda untuk bersaingan dengan penyanyi lain. Faizal Tahir mungkin boleh menari atau melompat atas pentas, tapi kami tidak boleh,” ujarnya.
Tambah Azmi lagi, sejak kumpulan mereka ditubuhkan pada 2014, mereka pernah melakukan pelbagai pekerjaan untuk mencari sesuap nasi. Biarpun kekurangan dari segi penglihatan, namun ia tidak pernah menghalang mereka berusaha mencari rezeki untuk keluarga.
“Kami jadi penghibur jalanan sejak tahun 2014 ketika itu kami juga mengambil upah sebagai tukang urut. Waktu itu selepas sahaja selesai kerja sebagai tukar urut kami akan ke beberapa tempat untuk menyanyi,” katanya dan berharap perkongsiannya itu dapat memberi inspirasi kepada anak muda lain.
Selain Azmi, Caliph Buskes dianggotai oleh Nirwan Zainal Abidin, 27, (gitaris), Fendy Abdullah, 25, (pemain dram), Syahzmeen Abdul Rahman, 25, (tamborin), Mohd. Zaki Ismail, 37, (gitaris) dan Nor Nadira Rubina, 25.
The post Caliph Buskers Pernah Ambil Upah Sebagai Tukang Urut appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gYYhx6
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment