Hi! Welcome Back and Stay Tune! Razlan Bimbang Litar Rosak Kerana Jentera F1 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Razlan Bimbang Litar Rosak Kerana Jentera F1


KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sepang International Circuit (SIC), Datuk Razlan Razali mengakui agak bimbang dengan kemungkinan kerosakan daripada tekanan 'downforce' yang dijana oleh jentera perlumbaan Formula 1 (F1) musim ini, menjelang perlumbaan Grand Prix Malaysia-Petronas pada 29 September hingga 1 Oktober ini.

Tatkala permukaan litar yang tidak rata disebabkan oleh jentera F1 bukanlah sesuatu yang baharu, beberapa penunggang Moto2 berkongsi kesan yang mereka rasai ketika mengadakan ujian tahun ini, di mana mereka terpaksa bekerja lebih keras terutama di zon membrek.

Dijadual akan menjadi tuan rumah perlumbaan F1 terakhir musim ini, Sepang melaksanakan kerja-kerja pembaikan yang menyaksikan hampir keseluruhan litar diturap semula.

Hasilnya, permukaan yang lancar itu menyaksikan catatan sepusingan yang lebih pantas ketika perlumbaan F1 tahun lalu.

Dan Razlan sekali lagi menjangkakan catatan yang lebih pentas tahun ini, walaupun agak bimbang dengan situasi itu.

"Jika keadaan lancar, kita pasti akan melihat catatan rekod baharu ketika sesi latihan kelayakan (QP) dan perlumbaan sebenar. Kita melihat catatan yang pantas tahun lalu dan tahun ini pasti akan lebih laju," kata Razlan.

"Bagaimanapun, laporan daripada litar lain mengatakan kelajuan F1 menjejaskan permukaan litar, disebabkan tekanan downforce yang tinggi oleh jentera yang membrek pada saat akhir.

"Memang saya agak bimbang tapi kita lihatlah apa yang akan berlaku nanti."

Perlumbaan Motosikal Grand Prix Dunia (MotoGP) akan diadakan kira-kira sebulan selepas perlumbaan F1, menyebabkan hanya wujud tempoh dan ruang yang singkat sekiranya kerja-kerja pembaikan terpaksa dijalankan.

Sepang adalah antara litar yang menganjurkan kedua-dua perlumbaan F1 dan MotoGP, selain Silverstone, Red Bull Ring, Catalunya dan Circuit of the Americas. - BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2h2fimv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.