Hi! Welcome Back and Stay Tune! Selepas 3 Tahun Baru Tahu Rupanya Dia Bukan Anaknya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Selepas 3 Tahun Baru Tahu Rupanya Dia Bukan Anaknya


China – Sepasang suami isteri amat terkejut selepas melakukan ujian DNA ke atas bayi mereka dan mendapati bahawa bayi tersebut sebenarnya bukanlah anak mereka.

Bagi setiap yang bergelar ibu bapa pasti akan merasa bangga apabila memiliki seorang anak yang sangat comel, namun tidak bagi seorang bapa yang merasa pelik apabila melihat anaknya yang semakin membesar semakin comel.

Menurut lelaki dari keluarga Zhang terbabit, dia serta isterinya bukanlah seorang yang kacak mahupun cantik akan tetapi dia merasa pelik apabila melihat anaknya yang berusia 3 tahun tersebut memiliki sepasang mata yang besar serta memiliki hidung yang mancung.

Menurut Zhang lagi, mereka telah menunggu selama 5 tahun untuk memiliki zuriat sendiri tetapi kini oleh disebabkan kehadiran bayi tersebut telah meretakkan hubungan kami sebagai suami isteri.

Zhang sering melemparkan tuduhan bahawa isterinya itu telah berlaku curang dengan lelaki lain kerana selepas melakukan ujian DNA ternyata bahawa DNA Zhang dengan anaknya itu tidak sama .

Disebabkan isterinya itu merasa bersalah serta kusut memikirkan perkara tersebut menyebabkan dia terpaksa memohon perceraian dipengadilan selepas tidak tahan kerana sering dituduh curang oleh suaminya itu.

Hasil penyiasatan pihak polis mendapati bahawa keraguan Zhang mengenai anaknya itu adalah benar kerana sebenarnya kesilapan itu sebenarnya telah dilakukan oleh pihak hospital di mana isteri Zhang bersalin.

Pihak hospital berkenaan telah didapati melakukan kesalahan tersalah memberikan bayi pasangan lain kepada mereka menyebabkan Zhang kemudiannya telah bertindak menuntut pampasan daripada pihak hospital berkenaan sebanyak 1.3 juta Yuan.

Walau bagaimanapun Zhang mengatakan bahawa dia berjanji bahawa dia akan tetap menjaga bayi itu dengan baik dan akan mengembalikannya kepada kedua orang tua kandungnya jika dia berjaya menemui mereka.


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2h1CGk8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.