Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hana – Robot Anjing Yang “Pengsan” Sekiranya Menghidu Kaki Yang Busuk Dihasilkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hana – Robot Anjing Yang “Pengsan” Sekiranya Menghidu Kaki Yang Busuk Dihasilkan

Di Jepun mereka banyak menghasilkan Chindogu. Ini ialah terma yang diberikan kepada rekaan yang bijak tetapi tidak semestinya berguna. Antara chindogu yang hanya kemudian digunakan secara meluas ialah kayu selfie rekaan Hiroshi Ueda. Kini muncul sebuah lagi chindogu moden iaitu robot anjing Hana.

Hana ialah robot berbentuk anjing yang mempunyai kemampuan menghidu bau kaki yang busuk. Sekiranya kaki tidak berbau ia akan menggeselkan hidung pada tapak kaki. Apabila bau kurang enak mula dikesan ia akan menyalak. Akhir sekali apabila bau kaki terlalu busung ia akan melakukan aksi pengsan.

Robot ini dihasilkan oleh National Institute of Technology Kitakyushu College (NITkit) untuk menyelesaikan masalah bau kaki yang busuk. Seperti di Malaysia kasut harus dibuka apabila memasuki rumah. Warga Jepun amat mementingkan kebersihan dan bau busuk boleh mengganggu orang lain di tempat awam. Jadi hasilnya Hana dihasilkan khusus untuk pasaran Jepun. Jika anda berminat Hana bakal dijual pada musim bunga hadapan pada harga di antara 100,000-200,000 Yen (RM 3835-7670) sebuah.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2f1vo2H

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.