Apa perbezaan istilah football dan soccer?
"Soccer" dan "football" merupakan salah satu perbezaan istilah terkenal antara dua jenis bahasa Inggeris - Amerika dan British. Kedua-duanya membawa maksud yang serupa iaitu bola sepak tetapi mengapakah digelar berlainan walaupun dalam bahasa yang sama?
Disebabkan sukan football berasal dari England, kita sering membuat andaian yang soccer itu adalah ungkapan Amerika. Tapi tahukah anda sebenarnya perkataan soccer itu sendiri merupakan ciptaan orang British? Jadi, mengapakah orang Amerika, Kanada, Australia dan banyak negara lain lebih menggunakan istilah soccer daripada orang Britain sendiri?
Sejarah football
Walaupun permainan bola sepak telahpun wujud sejak berkurun lamanya, sukan yang kita kenali hari ini dikatakan bermula pada tahun 1863 ketika England mula membentuk Persatuan Bola Sepak (Football Association) dan merangka peraturan-peraturan permainan.
Ketika itu, ia merupakan sukan menggunakan bola yang paling popular di sana. Namun, ia bukanlah satu-satunya permainan bola yang wujud. Rugby football, yang dinamakan bersempena nama sebuah sekolah berasrama, merupakan salah satu variasi sukan bola yang membenarkan pemain memegang bola sambil berlari ke arah pintu gol.
Association football di England
Sejak itu, permainan bola sepak yang berada di bawah naungan dan peraturan Football Association dikenali sebagai association football.
Lama-kelamaan, nama ini semakin disingkatkan. Sekitar tahun 1880-an, pelajar-pelajar University of Oxford yang kreatif telah berjaya membezakan antara rugby football ("ruggle") dengan association football ("assoccer").
Perkataan assoccer pula kemudian dipendekkan menjadi "soccer" yang kadangkala dieja sebagai socker dan menjadi tular di kampus.
Walau bagaimanapun, soccer hanya menjadi salah satu nama gelaran permainan bola sepak dan tidak digunakan secara rasmi di Britain. Ini disebabkan pada awal abad ke-20, rugby football lebih dikenali sebagai "rugby" dan terus membuka ruang untuk association football mengistilahkan football secara rasmi.
Bola sepak di Amerika
Sementara itu, di Amerika Syarikat pula, sejenis sukan muncul pada lewat abad ke-19 yang mempunyai unsur-unsur ragbi dan juga bola sepak. Namun ia menjadi lebih popular daripada kedua-dua sukan tersebut.
Sebenarnya, sukan itu dipanggil gridiron football namun ramai orang mengabaikan sahaja perkataan pertama istilah tersebut. Disebabkan itu, orang Amerika yang bermain association football mula menggunakan istilah soccer untuk merujuk kepada sukan mereka.
Persatuan Bola Sepak Amerika Syarikat yang terbentuk pada tahun 1910 sebagai persatuan rasmi bola sepak di negara itu kemudian mengubah nama kepada "the United States Soccer Football Association" pada tahun 1945. Tidak lama selepas itu, mereka menyingkirkan perkataan football daripada nama persatuan dan sehingga kini menggunakan istilah soccer.
Jadi, sebenarnya tak salah pun kalau anda nak sebut football mahupun soccer kerana kedua-duanya sama sahaja. Cuma sebagai rakyat Malaysia, kita lebih banyak menggunakan British English dan orang British telah berhenti menggunakan istilah soccer lebih kurang 30 tahun yang lalu. Oleh sebab itulah kita lebih biasa menyebut football.
Yang penting, dalam bahasa Melayu, istilah yang digunakan tetap sama. Tapi tak tahulah jika ada budak-budak Wechat yang terlebih kreatif mahu reka istilah baru bagi bola sepak.
Rujukan:
1. Daily Mail UK
2. Business Insider
3. Univ. of Michigan
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wYi1ql
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment