Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jenayah komersil di Negeri Sembilan akibatkan kerugian RM4 juta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jenayah komersil di Negeri Sembilan akibatkan kerugian RM4 juta

SEREMBAN: Peningkatan ketara dalam kes jenayah komersil bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini mengakibatkan kerugian sebanyak RM4.33 juta, berbanding RM1.77 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Ketua Polis Negeri Datuk Noor Azam Jamaludin berkata kes penipuan 'Macau scam' mencatatkan jumlah kerugian tertinggi RM1.7 juta dengan jumlah 84 kes dalam tempoh Januari-Ogos tahun ini berbanding RM158,736 dengan 22 kes pada tempoh yang sama tahun lepas.

"Modus operandi kes penipuan ini ialah suspek akan menyamar sebagai pegawai Bank Negara atau pegawai polis dan mendakwa mangsa terlibat dalam kegiatan penggubahan wang haram.

"Mangsa kemudian diarahkan untuk memindahkan wangnya sebagai langkah keselamatan ke satu akaun yang diberikan suspek untuk sementara waktu dan mangsa menyedari ditipu setelah wang tidak dikembalikan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini, hari ini.

Noor Azam berkata, jenayah komersial lain seperti kes penipuan pembelian barang menerusi internet, penipuan pinjaman tidak wujud dan penipuan parcel scam juga menunjukkan peningkatan bagi tempoh berkenaan tahun ini.

"Statistik bagi penipuan pembelian barang melalui internet mencatatkan jumlah kerugian sebanyak RM1.15 juta dengan 286 kes tahun ini berbanding RM272,975 dan 109 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas," katanya.

Bagi kes penipuan pinjaman yang tidak wujud, jumlah kerugian yang dicatatkan ialah sebanyak RM698,964 dengan 103 kes pada tahun ini berbanding tahun lepas hanya RM211,760 dan 34 kes.

Mengulas lanjut, beliau berkata penipuan parcel scam hanya menunjukkan peningkatan bilangan kes iaitu sebanyak 67 kes pada tahun ini berbanding 60 kes pada tahun lepas namun kerugian berkurang dari RM1.12 juta pada tahun lepas susut kepada RM785,731 pada tahun ini.

Noor Azam menasihati orang ramai agar jangan mudah terpedaya serta terpengaruh dengan keuntungan yang datang bergolek dan tawaran yang tidak masuk akal seperti barang berjenama yang dijual dengan harga terlalu murah.

-- BERNAMA



Sumber Jenayah komersil di Negeri Sembilan akibatkan kerugian RM4 juta

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wV4NeR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.