Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dijel 90 Bulan Curi RM5 Juta Langsai Hutang Judi Suami - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dijel 90 Bulan Curi RM5 Juta Langsai Hutang Judi Suami


SINGAPURA – Gara-gara suami ketagih judi, seorang wanita tempatan, Wong Huey Min, yang berusia 55 tahun terpaksa menanggung padah apabila dihukum penjara 90 bulan.

Ini kerana dia didapati memalsukan tandatangan bosnya bagi 159 cek sepanjang tempoh enam tahun, dan mendapat lebih S$1.6 juta (RM5 juta) – yang sebahagian besarnya digunakan untuk melunaskan hutang perjudian suaminya.

Atas kesalahan tersebut, dia dijatuhi hukuman penjara oleh pihak mahkamah sehingga tujuh tahun setengah bermula pada 12 September, menurut laporan stesen tempatan Channel NewsAsia di sini.

Wong Huey Min, bekas eksekutif akaun di Royal Garment Factory, mengaku bersalah pada bulan lalu terhadap 20 tuduhan pemalsuan bulan lalu, dengan lagi 139 tuduhan serupa turut dipertimbangkan mahkamah.

Pihak mahkamah tersebut diberitahu bahawa tiada bayaran balik dibuat setakat ini, tetapi peguam belanya berkata bahawa mereka akan cuba membuat rayuan terhadap hukumannya itu.

Pada sekitar 2009, Huey Min – yang bertanggungjawab ke atas buku-buku cek syarikat – merancang untuk memalsukan tandatangan majikannya, dengan niat menggunakannya untuk kegunaan peribadi dan suaminya.

Mahkamah juga diberitahu bahawa dia diberi kepercayaan untuk memegang buku cek Royal Realty, sebuah lagi syarikat yang dikenadlikan oleh pemilik yang sama iaitu Heng Yang How. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2f1Ysab

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.