Hi! Welcome Back and Stay Tune! Adiwiraku: Walau dijangkiti denggi, Sangeeta berdiam enggan susahkan produksi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Adiwiraku: Walau dijangkiti denggi, Sangeeta berdiam enggan susahkan produksi

PELAKON Sangeeta Krishnasamy mendedahkan dirinya dijangkiti demam denggi ketika menjalani penggambaran filem "Adiwiraku".

Watak Sangeeta sebagai Cikgu Cheryl dalam filem tersebut melayakkan dirinya merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 29 (FFM29) yang diadakan pada Sabtu.

Filem "Adiwiraku" arahan Eric Ong ini juga berjaya merangkul anugerah Cerita Asal Terbaik serta Filem Terbaik.

"Saya berdepan dengan cabaran tersendiri ketika menjalani penggambaran filem ini. Saya dijangkiti demam denggi tetapi saya mendiamkan sahaja perkara tersebut kerana tidak mahu menyusahkan pihak produksi.

"Saya bertahan sehabis daya kerana mahu menyenangkan kerja semua pihak. Pihak produksi tahu pun apabila saya sudah benar-benar tidak larat. Selesai sahaja penggambaran, saya terus mendapat rawatan," kata Sangeeta.

Bersyukur kerana berjaya membawa pulang trofi idaman semua aktres, Sangeeta berterima kasih kepada Cikgu Cheryl yang menjadi penggerak filem ini.

"Saya rasa sangat terkejut dan bersyukur kerana mendapat pengiktirafan sebegini. Sebagai pelakon yang masih baharu dalam lapangan seni, pengiktirafan ini membakar semangat saya untuk bekerja dengan lebih keras.

"Menjayakan filem berdasarkan kisah benar ini membuatkan saya rasa sangat berbangga. Saya berterima kasih kepada Cikgu Cheryl yang tidak lelah mendidik anak bangsa dan menganggap dirinya sebagai pemenang sebenar," katanya lagi.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @ffm29official



Sumber Adiwiraku: Walau dijangkiti denggi, Sangeeta berdiam enggan susahkan produksi

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wS5Rfh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.