Mahkamah tetapkan sebutan pengesahan pernikahan antara Joy Revfa dan Ray Imran
MAHKAMAH Tinggi Syariah Shah Alam hari ini menetapkan 19 September depan bagi sebutan permohonan pengesahan pernikahan antara usahawan produk kecantikan, Joy Revfa dan Datuk Ray Imran.
Perintah itu dikeluarkan oleh Pendaftar Kehakiman Aminullah Baharin, kira-kira jam 10.30 pagi.
“Permohonan pengesahan nikah mereka di Thailand itu akan didengar oleh hakim pada 19 September ini (Selasa minggu depan) sekiranya tiada berlaku sebarang halangan.
“Selepas prosiding itu selesai, satu prosiding lain iaitu berkaitan perceraian pula akan dijalankan,” katanya ketika ditemui media di perkarangan mahkamah itu.
Turut hadir, Joy atau Siti Arifah Amin, 30, dan dua lagi peguamnya, Nur Hafiz Roslan dan Aznor Suhaida Dollah selain Ray Imran, 46, serta peguamnya, Hazwan Mohd Nor.
Menurut Ismail, pernikahan dan perceraian kedua-dua mereka sememangnya berlaku pada 2015.
“Oleh itu, tugas kita di mahkamah untuk menentukan ia sah terlebih dulu sebelum diteruskan pula dengan prosiding permohonan faraq.
“Saya juga ingin menjelaskan bahawa permohonan faraq itu bukan pembubaran pernikahan, tetapi ia perpisahan kehakiman (sementara). Ia tidak seperti yang banyak dilaporkan media sebelum ini,” katanya.
Kata beliau, pengurusan mengenai permohonan faraq itu akan dibuat pada Khamis ini.
Sementara itu, Ray atay Datuk Mohd Rayos Abdul Rahim berkata, selain menjadi responden, kehadirannya bertujuan memberi kerjasama penuh bagi prosiding berkenaan dan mahu isu yang timbul dapat segera diselesaikan.
Bulan lalu, media melaporkan perkahwinan Joy dan penyanyi lagu ketuhanan, Hafiz Hamidun, 33, berantakan apabila mereka didakwa tidak tinggal sebumbung dan ‘bergaduh’ dengan saling berbalas komen di laman Instagram masing-masing.
Pasangan yang bernikah pada 1 Mei lalu di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam itu turut didakwa tidak pernah dilihat bersama dalam sebarang majlis membabitkan mereka.
Pertengahan bulan lalu, Joy memfailkan permohonan faraq di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari kerana didorong tindakan Hafiz yang meragui pernikahan mereka.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim kemudian dilaporkan berkata, isu timbul apabila bekas suami Joy, Ray Imran tidak mengemukakan sijil cerai dari pejabat agama Islam di Songkhla, Thailand.
Ray mengemukakan surat pengakuan menyatakan dia sudah bercerai dengan wanita itu pada 2015 kepada Pejabat Agama Islam Daerah Petaling yang kemudian membenarkan pernikahan tanpa prejudis.
Namun, sijil nikah tidak dikeluarkan selagi tiada surat cerai dari Songkhla. Atas nasihat pejabat agama di situ, Joy mendaftarkan permohonan cerai taklik yang berkuat kuasa pada tarikh ia dikemukakan iaitu pada 13 Julai lalu.
Sumber: Harian Metro
Sumber Mahkamah tetapkan sebutan pengesahan pernikahan antara Joy Revfa dan Ray Imran
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w3Y2HD
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment