Hi! Welcome Back and Stay Tune! AZMIN INGATKAN MAHATHIR – ANWAR JUGA KETUA UMUM HARAPAN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

AZMIN INGATKAN MAHATHIR – ANWAR JUGA KETUA UMUM HARAPAN

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang meringkuk dalam penjara mempunyai hak untuk menasihatkan Pakatan Harapan, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Saya nak ingatkan Tun Dr Mahathir (Mohamad), Anwar Ibrahim adalah ketua umum kepada Pakatan Harapan.

“Beliau bukan sekadar ketua umum PKR.” kata Azmin yang juga adalah timbalan presiden PKR dan juga HARAPAN selepas melancarkan Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa 2017 di Setia Alam hari ini.

“Sebagai ketua umum (HARAPAN) beliau (Anwar) juga berhak beri cadangan,” kata Azmin ketika mengulas kenyataan Dr Mahathir semalam bahawa surat daripada Anwar menyebabkan masalah kepada gabungan itu kerana ia memberi lampu hijau kepada PKR terus berhubung dengan PAS.

Mahathir, selaku pengerusi HARAPAN, juga mengulangi bahawa gabungan pembangkang itu telah meletakkan tanda noktah terhadap rundingan dengan PAS dan bersedia menghadapi pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya umum akan datang.

– M’kini

.

 



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2waphLR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.