Hi! Welcome Back and Stay Tune! SAIFUDDIN KATA ANWAR HORMATI KEPUTUSAN KOLEKTIF - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SAIFUDDIN KATA ANWAR HORMATI KEPUTUSAN KOLEKTIF

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seseorang yang sangat menghormati keputusan yang dibuat secara bersama atau kolektif, kata setiausaha agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau mengulas warkah Anwar dari penjara yang ditafsirkan oleh sesetengah pihak sebagai menyokong usaha untuk meneruskan rundingan dengan PAS bagi mencari jalan mengelakkan pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya umum akan datang.

Surat itu dikeluarkan empat hari selepas Majlis Presiden Pakatan Harapan memutuskan untuk menamatkan sebarang rundingan dengan PAS dan memberi tumpuan untuk menghadapi pertandingan tiga penjuru.

“Mengenali beliau secara dekat, Anwar seorang yang sangat menghormati setiap keputusan yang dibuat secara bersama dan tidak sukar untuk beliau faham kenapa Pakatan Harapan membuat keputusan tersebut.

“Tidak sukar juga dilihat setelah diusahakan demikian lama, PAS tetap memilih jalannya sendiri. Adalah lebih utama PKR menumpukan sepenuh usaha dan tenaga membantu mengukuhkan Pakatan Harapan dan menerima hakikat PAS telah ada pilihannya,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Saifuddin, yang pulang dari lawatan enam hari ke kota London semalam berkata beliau mengeluarkan kenyataan media ini selepas bercakap dengan presiden PKR dan isteri Anwar Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang menemani suaminya di mahkamah.

Semalam, pengerusi HARAPAN, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa warkah Anwar dari penjara itu telah menyebabkan pelbagai masalah, tetapi berkata, bahawa beliau berharap rundingan dengan PAS itu dapat ditamatkan.

Sementara itu, Saifuddin berkata PKR berusaha mendekati dan menyantuni PAS dengan melakukan usaha dan ikhtiar selama hampir dua tahun. Ini berterusan walaupun parti itu memutuskan untuk menamatkan hubungan dengan PKR.

“Pendirian saya ialah setiap usaha dan ikhtiar harus ada garis masanya supaya ada kepastian dan ini memudahkan semua pihak.

“Rakyat dapat melihat dengan jelas usaha ini dan rakyat dapat melihat saban hari PAS menunjuk sikap dingin dengan PKR dan Pakatan Harapan sebaliknya semakin lunak dengan Umno/BN.

“Di sebalik latar politik inilah Pakatan Harapan yang PKR adalah komponennya membuat keputusan untuk mengukuhkan kerjasama pakatan menghadapi pilihanraya umum ke-14 dan tidak lagi bekerjasama dengan PAS,” katanya.

Saifuddin juga mengulangi komitmennya kepada PKR dan HARAPAN sebagai mengulas khabar angin bahawa beliau telah melepaskan jawatannya.

Spekulasi tersebar bahawa Saiffuddin mengundurkan diri kerana tidak berpuas hati dengan Anwar berhubung rundingan dengan PAS.

“Walaupun saya berada di luar negara, saya terus berhubung dengan pemimpin tertinggi PKR dan Harapan. Para pemimpin tertinggi di PKR dan Harapan tahu komitmen saya terhadap parti dan gabungan, “katanya.

“Walaupun berada di luar negara saya sering berhubung dengan pimpinan utama PKR dan Pakatan Harapan.

“Pimpinan utama PKR dan Pakatan Harapan amat maklum akan komitmen saya terhadap parti dan Pakatan Harapan.

“Saya terlibat dengan setiap keputusan parti dan keputusan Pakatan Harapan dan sudah tentu saya patuh dengan semua keputusan yang telah dibuat,” katanya.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wJ4Skx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.