Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dr M bayar jutaan ringgit untuk jumpa Bush - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dr M bayar jutaan ringgit untuk jumpa Bush


SEPANG: Datuk Seri Najib Razak mendedahkan, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa pentadbirannya membayar jutaan ringgit untuk bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) ketika itu, George W Bush.

Perdana Menteri berkata, tindakan itu dilakukan melalui seorang pelobi yang bermastautin di Hong Kong dan ia dibayar melalui kontrak Tenaga Nasional Berhad (TNB).

"Berjuta dibayar kerana nak sangat berjumpa dengan Bush tapi Dr Mahathir tidak dapat sambutan macam saya (pertemuan dengan Presiden AS, Donald Trump di AS).

"Jadi jangan (Dr Mahathir) jadi hipokrit, kutuk pula lawatan saya (ke AS). Lawatan ini bukan kerana saya tapi kerana Malaysia. Hubungan baik dengan China, Arab Saudi dan AS adalah untuk Malaysia," katanya yang mendapat tepukan gemuruh oleh ratusan pemimpin dan ahli Barisan Nasional (BN) yang menyambut kepulangan beliau di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam ini.

Najib tiba dia ibu negara selepas mengadakan lawatan kerja ke Amerika Syarikat (AS) dan Britain sejak Selasa lalu.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Kabinet.

Antara delegasi Najib termasuk isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Najib berkata, beliau bukan ke AS untuk meminta sedekah atau melutut tetapi bagi menyampaikan bahawa Malaysia sudah sampai ke tahap sebuah negara pelaku global.

Najib turut menyifatkan penerimaan Trump terhadap beliau di Rumah Putih sebagai di luar dugaannya sama sekali, dengan kehadiran pegawai tertinggi Kabinet AS.

"Pegawainya meminta beliau berjabat tangan dengan saya (selepas pertemuan) tetapi beliau berkata "Saya mahu menghantarnya ke kereta".

"Pegawai protokolnya memberitahu bahawa kereta sudah menunggu di aras bawah tetapi Trump menjawab "Tidak mengapa, beliau rakan saya". Tuan-tuan, beliau hormatkan kita dan kepemimpinan kita, tapi ada pula orang yang kutuk lawatan saya," katanya.

Mengenai pembelian pesawat Boeing oleh Malaysia Airlines, Najib berkata, keputusan itu dibuat oleh syarikat penerbangan itu pada Julai tahun lalu, dan beliau hanya menyampaikan hasrat itu pada lawatan berkenaan.

Najib mengadakan pertemuan dengan Trump Selasa lalu, yang antara lain membangkitkan isu penindasan masyarakat Islam Rohingya di Myanmar dan komitmen negara dalam memerangi keganasan.

Dalam pertemuan itu juga, Najib memaklumkan mengenai hasrat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional Berhad meningkatkan pelaburan di AS serta cadangan Malaysia Airlines menambah pembelian pesawat Boeing.

Sementara itu, pertemuan Najib dengan Perdana Menteri Britain, Theresa May pula memperkukuhkan lagi hubungan akrab antara Malaysia dan Britain yang terjalin sekian sejak kemerdekaan Malaysia 60 tahun lalu. - BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jx8jGw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.