Hi! Welcome Back and Stay Tune! Empat hantu dadah jual 560 pil nospan dijaring di belakang Wisma Bapa Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Empat hantu dadah jual 560 pil nospan dijaring di belakang Wisma Bapa Malaysia

KUCHING: Empat hantu dadah yang menggunakan khemah kecil di Taman Botani, belakang Wisma Bapa Malaysia sebagai pusat operasi dijaring polis petang semalam dalam satu operasi khas.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, keempat-empat suspek dicekup dalam Op Sarang, sekitar jam 3 petang, setelah polis menerima maklumat awam.

“Pasukan siasatan jenayah narkotik Daerah Kuching yang diketuai oleh Inspektor Khairul Faiz kemudian menyerbu dan menahan keempat-empat suspek lelaki, sebelum pemeriksaan badan ke atas salah seorang daripada mereka menjumpai satu beg.

“Beg itu pula mengandungi 27 paket plastik lut sinar berisi 16 biji pil setiap paket disyaki pil Nospan dan 16 paket lut sinar berisi 8 biji pil setiap paket, juga disyaki pil Nospan.

Jumlah keseluruhan pil yang dirampas kata Abang Ahmad adalah 560 biji dengan nilai harga RM350.

“Turut dirampas di dalam beg tersebut ialah wang tunai berjumlah RM292.

Siasatan awal katanya, mendapati mereka menjual Nospan pada harga RM10 untuk 16 biji pil Nospan dan RM5 untuk 8 biji pil Nospan.

“Empat lelaki tersebut berbangsa Melayu dan berusia sekitar 23 ke 32 tahun.

“Mereka berasal dari Kampung Sinjan, Stapok, Jalan Astana dan Jalan Perupok, Gita.

Kata Abang Ahmad lagi, tiga daripada suspek positif Methaphetamine, dua sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak serta seorang mempunyai rekod jenayah lampau.

Polis masih menahan suspek dan siasatan kini dilakukan di bawah
Seksyen 30 Akta Racun 1952.

Suspek yang positif Methaphetamine turut disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – Sarawakvoice



✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2x5XQ8l

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.