Empat bulan anak simpan rahsia
Sepasang suami isteri dari Lorong Kubang Buaya 27, di sini, merayu bantuan orang ramai bagi menampung kos rawatan anak perempuan mereka yang mengidap penyakit tibi dan perlu menukar darah dengan segera.
Tang Chew Meng, 63, dan suaminya Teh Tai Aik, 65, kini, masih lagi terkejut setelah mengetahui anaknya, Teh Nui Wen, 25 sedang menerima rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur, Rabu lalu setelah seluruh badannya dipenuhi bintik-bintik merah.
Menurut Chew Meng, daripada laporan diterima, anaknya disahkan mengidap penyakit tersebut sejak Mei lalu ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) namun dirahsiakan dari pengetahuan mereka.
“Sebelum ini dia memang selalu demam panas, sakit tekak, selesema dan tak ada selera makan, tapi hanya minta saya sediakan air herba untuknya.
“Dia memang pandai simpan rahsia sebab tu dia elak jumpa saya. Selalunya dia keluar kerja awal pagi dan balik rumah lewat malam. Jadi saya tak pernah perasan perubahan yang berlaku pada dia.
“Pihak hospital kata, kami perlukan kira-kira RM300,000 untuk biaya kos pertukaran darah dan rawatan susulan,” katanya kepada pemberita, di kediamannya di sini, semalam.
Turut hadir dalam lawatan ke rumahnya Adun Teruntum, Sim Chong Siang.
Chew Meng berkata, mereka sekeluarga tidak mampu menyediakan wang sebanyak itu dan memohon jasa baik orang ramai untuk membantu menyelamatkan nyawa anaknya.
“Kami memang ada masalah kewangan sebab saya dan suami tak kerja dan jaga cucu saja.
“Suami pun hidap angin ahmar dan kencing manis, dia susah nak bergerak apatah lagi bekerja.
“Nui Wen anak bongsu hanya bekerja sebagai kerani akaun sahaja di sebuah syarikat dan anak sulung hanya boleh bantu ala kadar. Kami hanya cukup makan,” katanya.
Dalam pada itu, katanya setelah mengetahui keadaan anaknya, mereka masih buntu memikirkan jalan penyelesaian.
“Saya memang tak sangka benda ni terjadi. Walaupun jumlahnya masih tak banyak, saya akan cuba sedaya upaya selamatkan anak saya.
“Saya tahu dia tengah lawan sakit dan susut sekarang. Sebelum ni kalau tanya dia asyik cakap tengah diet,” katanya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Public Bank, Tan Chew Meng 4-6857952-14 atau menghubungi di talian 016-9339118.
The post Empat bulan anak simpan rahsia appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ymcNCF
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment