FFM29: 10 perkara perlu tahu tentang Sangeetha Krishnasamy
Sangeetha mengetepikan saingan nama-nama gah dalam industri perfileman negara seperti Izara Aishah, June Lojong, Sharifah Amani dan Yeoh Yann Yann untuk memenangi anugerah tersebut.
Berikut antara 10 perkara yang anda perlu tahu mengenai pelakon manis itu:
1. Berusia 32 tahun, Sangeetha merupakan anak jati Kuala Lumpur.
2. Merupakan graduan undang-undang dari University of London (kampus Malaysia)
3. Sangeetha merupakan seorang ‘vegan’ yang merupakan pengamal makanan yang sepenuhnya datang dari makanan berasaskan tanaman seperti biji-bijian, buah-buahan, sayuran, dan kacang-kacangan dan mengecualikan produk dari haiwan.4. Beliau mula serius dan aktif dalam dunia lakonan pada tahun 2009.
5. Beliau menjalani kursus lakonan di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPaC).
6. Semasa penggambaran Adiwiraku, Sangeetha dimasukkan ke hospital selama tujuh hari kerana mendapat demam denggi.
7. Dalam tempoh dia dijangkiti dengan demam denggi, dia kehilangan berat lebih 5 kilogram.
8. Beliau pernah menjadi finalis pertandingan ratu cantik, ‘Miss Malaysia India’.
9. Sangeetha mempunyai empat adik-beradik dan beliau merupakan anak kedua.
10. Sangeeta juga pernah bercita-cita untuk menjadi seorang anggota polis.
BACA: FFM29: Mungkin dia tak faham perjalanan acara - Zizan balas kritikan Afdlin
BACA: FFM29: 'Saya rasa macam tak layak menang Pelakon Wanita Terbaik' - Sangeetha
BACA: Adiwiraku diangkat filem terbaik FFM29, ini senarai penuh keputusan
Sumber FFM29: 10 perkara perlu tahu tentang Sangeetha Krishnasamy
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jXBqmT
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment