MENGEJUTKAN!!! Pelajar Tahfiz Yang Terselamat Tidak Dibenarkan Pulang Dan Disembunyikan Di Lokasi Rahsia.
Kesemua pelajar Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terselamat dari tragedi kebakaran Khamis lalu ditempatkan di satu lokasi rahsia.
Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyyah, Muhammad Zahid Mahmod, berkata mangsa terselamat tidak dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sebaliknya mereka diberi arahan untuk tinggal di satu lokasi rahsia buat sementara waktu.
Katanya, langkah itu bagi melindungi mangsa diganggu dan didekati pihak tertentu.
Namun, ketika ditanya media di mana lokasi itu dan berapa jumlah mangsa terselamat, beliau hanya menjawab “ia rahsia“.
“Saya telah diberi arahan daripada Ketua Polis Negara dan pihak autoriti lain supaya tidak mengulas lanjut berhubung insiden kebakaran ini,” katanya ketika ditemui di perkarangan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, hari ini.
Muhammad Zahid juga menafikan bahawa ada pihak yang memusuhi pihaknya sehingga menjadi ancaman kepada pusat tahfiz berkenaan.
Katanya, sepanjang 16 tahun pusat tahfiz itu dibuka, tidak pernah sekali pun berlaku insiden yang pelik.
“Tragedi kebakaran ini sesuatu yang berlaku tiba-tiba dan mengejutkan. Saya tak boleh ulas lanjut,” katanya. - BHarian Online
✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2f1iIp7
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment